Khatib gugup tertinggal rukun khutbah, solat Jumaat tak sah


Loading...

GEORGE TOWN, 2 Okt — Seorang khatib mengakui solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Rawa di sini, pada 11 Ogos lalu tidak sah akibat kesilapannya. Zamri Vinoth Kalimuthu, khatib jemputan yang pertama kali membaca khutbah pada 11 Ogos lalu tertinggal satu rukun akibat gugup dan cemas, lapor Kosmo!.

“Disebabkan gugup dan cemas, saya tertinggal beberapa perkara ketika membaca khutbah tersebut,” kata presiden Skuad Mubaligh Malaysia itu yang meminta maaf kepada jemaah.

Mufti Pulau Pinang pula berkata Zamri tidak duduk antara khutbah pertama dan kedua sebelum pihaknya mengeluarkan notis mengenai solat berkenaan tidak sah.

“Justeru, khutbah itu menjadi tidak sah menurut qaul muktamad dalam mazhab Syafii” kata Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Notis mengenai perkara itu termasuk menggesa jemaah menunaikan solat zuhur menular di media sosial.

Zamri menyambut baik kritikan orang ramai dan berjanji belajar dari kesilapan.

Sumber :
www.themalaymailonline.com

confess-ads

Loading...

Related Posts

Add Comment

Shares