Kes kunci pintu pejabat tanah, Lando dan isteri kena tahan

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

PENGASAS Ikatan Silaturahim Brotherhood (Brotherhood), Azlan Sani Zawawi atau Lando Zawawi ditahan polis, 11 malam tadi. Menurut sumber, dia ditahan bersama isterinya dan seorang lagi individu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh.

“Lando ditahan kerana video dia mengunci pagar besi pada pintu masuk utama di Pejabat Tanah Seri Petaling tersebar di media sosial.

“Satu laporan polis dibuat kerana mengunci pintu pagar pejabat berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad mengesahkan kejadian.

“Semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 342 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Suspek akan dituduh dalam masa terdekat,” katanya.

Terdahulu, Lando dalam video kontrovesinya Khamis lalu, bertindak mengunci pagar besi pada pintu masuk utama pejabat berkenaan kerana tidak puas hati berhubung jalan di Subang Bestari.

 

Sumber :
– www.hmetro.com.my


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !
Tags:

Related Posts

Add Comment