Kerana sikap Encik Rosli Pengawal RELA ini, aku terpaksa batalkan booth dakwah aku

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

PAKSA SAYA PARKING JAUH UNTUK ANGKAT BARANG KE BOOTH

Assalamualaikum w.b.t…

Hari ini saya benar² sedih yang AMAT sedih, ketika coretan ini ditulis tidak henti air mata saya jatuh berderai, hiba, sayu, tak terungkap kata² saya hanya air mata yang menjadi peneman ketika ini.

Saya ingin kongsikan apa yang berlaku pagi tadi pada diri saya, atas sebab kelewatan 1 jam saya sampai di Angsana untuk setup booth bagi Program Dakwah saya di karnival mega sale anjuran KPDNKK, seorang RELA bernama Rosli tidak benarkan saya masuk dan suruh saya parking di luar dan angkat barang dari jauh sampai ke khemah. Saya hanya bersama 2 orang anak saya berumur 7 tahun dan 11 tahun serta 1 pembantu lelaki berusia 60 tahun. Barang saya banyak dan semua berat². Biasanya kami loading dekat dengan khemah.

Saya faham dia jalankan tugas dan ikut arahan pihak penganjur. Puas saya terangkan keadaan saya dan saya ulang berkali² saya nak buat dakwah, kempen menutup aurat…penganjur dah confirm bagi saya tapak…lalu RELA itu berkeras dan suruh saya hubungi pihak penganjur, saya akur dengan arahan RELA itu. Saya hubungi dan bagi RELA tu bercakap dengan penganjur, dengan nada keras RELA tu suruh penganjur keluar tunjuk muka dulu. Mungkin dia tidak percaya pada saya. Ia lah, mungkin dia fikir saya boleh guna kawan saya.

DENGAN PENGANJUR PUN, ENCIK ROSLI BERKERAS

Kemudian penganjur wanita itu keluar tunjuk muka dan explain semua, RELA itu terus berkeras memang tak boleh masuk nanti pegawai saya marah katanya, saya bagitau dia, tadi Encik Rosli suruh call penganjur, kemudian suruh penganjur keluar, sekarang ni pegawai marah pula, saya merayu sampai keluar air mata. Saya sebut saya masuk Event ni untuk buat dakwah saya, penganjur dah bagi saya tapak kerana Allah Taala, saya cakap takpalah panggil pegawai keluar pula…biar saya explain. Dia tak nak panggil pegawai dia. 2 kali saya ulang mana pegawai biar saya explain. Tapi Encik Rosli alihkan pandangan ayat saya itu. Tetap tak bagi saya masuk.

Sebenarnya security Angsana dah lepaskan saya masuk untuk para peniaga. Mereka nampak saya bawa barang² Hijrah Hijab saya. Semua produk muslimah dan pakaian syariat serta sunnah. Tapi untuk masuk pintu ke 2 tempat loading barang , RELA mula halang saya. Jadi saya terhenti di tengah² sedangkan saya dah lepas masuk pintu untuk peniaga. Bila saya mula ambil gambar Encik Rosli, dia mula mengugut penganjur tu !

kerana-sikap-encik-rosli-pengawal-rela-ini-aku-terpaksa-batalkan-booth-dakwah-aku-1

KALAU VIRAL, AKU AKAN CARI KAU SAMPAI DAPAT

Jika dia diviralkan hingga sampai kena buang kerja, “Saya akan cari awak sampai dapat ok, awak ingat. Akak ni ambil gambar saya dan video. Kalau viral saya cari awak”

Sehingga penganjur KPDNKK tu mengeluarkan air mata, mungkin sebab takut dengan ugutan RELA itu. Saya sempat pegang bahu penganjur tu cuba tenangkan dia dalam masa yang sama air mata saya mengalir tak henti².

“Adik, awak jangan takut dengan dia. Sepatutnya takut dengan Allah. Takpelah akak tak jadi masuk. Akak balik. Ini ujian akak. Tapi akak nangis bukan sebab akak tak dapat masuk atau kena patah balik…sebenarnya akak sedih dengan sikap orang Islam yang mengaku Islam tidak ada perikemanusiaan sehingga buat 2 wanita menangis. Sehingga tidak boleh ada sikap lebih kurang, tolak ansur sesama makhluk lagi² saudara Islam.”

Sepanjang perjalanan pulang saya nangis, satu perkataan sebelum saya tinggalkan kawasan itu, saya sempat bagitau RELA itu…

“Encik Rosli saya mohon Allah beri Hidayah buat Encik Rosli”

“Ambil dari dunia sesuatu yang akan jadi bekal untuk akhirat nanti dan jangan mengambil dari dunia sesuatu yang akan menghalangi anda di akhirat nanti”

Saya sedih.

 

Kredit :
– FB Diana Iman Heart (Jelajah Hijrah Hijab)
MyNewsViral


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment