Kerana payung emas kapitalis, tengoklah nasib pakcik pemandu teksi ini…

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Senario ini dirakam seorang teman di sebuah stand teksi di sebuah pusat membeli belah. Orang tua ini adalah seorang pemandu teksi. Dari riak wajah dan gerak badannya dapat dilihat jelas sesuatu yang sangat berat sedang ditanggung dan hanya Tuhan mengetahui apa rintihan hatinya.

Daya apa yang mampu beliau lakukan dalam usia begini? Bukan dia meminta-minta…namun dalam keterbatasan dan kekurangan serba-serbi, apa lagi yang mampu dilakukan? Barangkali penat merayau, meronda seluruh pelosok jalan dan lorong, penumpang tidak lagi kelihatan di tepi-tepi jalan…tidak seperti 2-3 tahun sebelumnya. Sebelum jalan raya dilambakkan dengan kebanjiran kereta sapu haram milik kapitalis yang direstu penguasa.

Setelah disusahkan dgn segala protokol, peraturan dan syarat yang wajib dipatuhi. Tak cukup penindasan demi penindasan, bukan pembelaan dihulur malah dibebankan pula bala untuk memenuhi impian kapitalis bernafsu besar dengan matlamat mahu memonopoli seluruh industri ini dalam genggamannya.

Apa daya seorang insan tua ini mahu bersaing dengan kapitalis yang diberikan payung emas oleh agensi yang sepatutnya memastikan insan seperti ini terjaga dan dilindungi? Dia hanya seorang dari beribu lagi yang senasib dengannya. Punca pencariannya sengaja dilambakkan dengan berpuluh ribu manusia yang sanggup dilembukan dengan memberi perkhidmatan tidak sah kepada orang awam. Penguasa terus kekal buta dan pekak.

 

Kamu menzalimi dia dan insan-insan seperti dia. Jangan kamu menafikan. Mungkin dia hanya mampu merenung apa nasib setahun dua mendatang jika dia ditakdir mampu bertahan selama itu. Tentu nasibnya hanya perlukan satu dari dua jawapan YA atau TIDAK membenarkan kapitalis bangsat merampas kehidupannya dan pilihan kamu sangat jelas. Kamu lebih rela membiarkan kapitalis gila memusnahkan kehidupan insan dihujung usia sedang segala syarat kamu akur dipatuhi.

Tulisan ini tidak mampu menerangkan apa yang terbeban dibahu insan tua ini. Jika kamu gagal melihat apa yang tersirat diwajah insan ini…tiada bezanya kamu dan kapitalis bangsat itu.

 

Kredit :
Facebook Syd Husin


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment