Kerana bola kristal ini, anakku muntah hitam dan ususnya dibedah !

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

SHARE sebanyak mungkin. Apa yang saya lalui ni, saya taknak berlaku dekat baby-baby aktif lain. Tolonglah…dan terima kasih yang mendoakan Ica. Jasa korang tak terbalas. Semoga cerita ini menjadi iktibar…

Aku mengharamkan mainan ni (rujuk gambar kat bawah) sejak dulu. Aku pantang nampak benda ni. It’s ok kalau dia dah direndam dalam air tapi kalau benih yang belum direndam tu, tolonglah buangkannya ! Aku menyesal, aku sangat menyesal !

Hari jumaat malam, Iris main benda ni, tak tau la mana dia dapat. Dia sorok-sorok kemudian benda tu tertumpah ! Budak yang dalam gambar ni, nama dia Lily. Aku lebih suka panggil Ica sebab tiap kali panggil Ica, dia akan toleh dan senyum. Ica umur 10 bulan. Masih tak tahu apa-apa dan obses dengan makanan. Semua makanan…mungkin Ica ingat tu makanan, Ica makan. Apabila aku sedar dia main benda tu, rupanya Ica dah termakan sebiji dari benih tu tanpa aku sedar !

Aku ni memang jenis alert dengan kesihatan anak-anak aku. Kalau tunjuk reaksi negatif, memang aku cepat-cepat bawak at least pergi klinik.

DOKTOR KLINIK CAKAP KERACUNAN MAKANAN

Kesan dari benda ni sangat cepat. Dalam dua jam, Ica muntah-muntah. Aku tak syak lagi dia makan benda tu. Aku ingat dia muntah kahak. 3 kali dia muntah malam jumaat tu. Hari Sabtu, aku cadang nak pergi specialist Allen kat Batu Pahat, gigih aku bangun awal pagi…sampai-sampai je klinik tutup. Aku patah balik Parit Raja. Hari tu, Ica muntah 8 kali. Aku pegi klinik Parit Raja. Dia bagi ubat demam dan tahan muntah. doktor cakap Ica keracunan makanan.

Aku beri ubat tu tapi Ica tetap muntah dan muntah. Allahuakhbar…kuasa Allah tu besar. Hati aku asik terpikir benda bulat ni walaupun kadang ada bisikan yang menafikan tapi perasaan aku benar. Benar-benar rasa yang Ica termakan benda tu. Hati aku kuat cakap…

Hari Ahad aku pergi jumpa Dr Allen. Pagi-pagi aku pergi. Pagi tu sebelum jam 12, 5 kali Ica muntah. doktor bagi ubat tahan muntah dan demam. Lepas tu doktor kata Ica keracunan. Tapi alhamdulillah doktor pesan “i bagi you ubat tahan muntah. sekali bagi cukup, kalau lepas bagi dia muntah lagi, bawak pegi hospital”

Aku bagi Ica ubat tahan muntah. Dalam masa 3 jam sampai pukul 3, Ica muntah lebih 6 kali (tak termasuk pagi ahad tu) aku terus pergi Hospital Putra. Ya, aku tak mampu cakap dengan doktor tu yang Ica termakan benda asing ni sebab aku tak nampak. Ahad malam tu hati aku meronta-ronta bagai menjerit kalau boleh malam tu jugak aku nak call doktor yang rawat Ica nak bagitau yang Ica termakan benda ni. Ica dah muntah hijau…hari ahad, lebih 25 kali Ica muntah. Ica tak mkan. Hari sabtu dan ahad dia tak makan apa pun. semua keluar balik.

Aku ? Tak tidur. Berdoa tak lekang dari hati semoga Allah pindahkan sakit tu kat aku. Semoga Ica sihat macam selalu. Ya Allah rindunya kat si kecik tu…

NEKAD BAGITAU NURSE

Malam ahad tu Ica lemah sangat. Aku nekad bagitau kat Nurse apa kata hati aku. Dia beri Ica ubat tahan sakit dengan antibiotik. Ica tidur tapi sekejap-sekejap bangun. Aku ingat lagi, petang ahad tu doktor cakap dah bagi ubat muntah paling kuat tapi kenapa Ica muntah lagi ?

Hari isnin jam 8 pagi lebih, doktor datang. Aku cerita semua dekat doktor padahal doktor datang tu, aku baru bangun tidur sebab letih sangat dah berapa hari tidur sejam dua. Peduli apa, air liur basi ke apa ke aku tetap nak bagitau doktor yang Ica sebenarnya tertelan benda tu. Alhamdulilah doktor tu ambik berat apa yang aku cakap. Dia suruh pergi xray, scan apa semua dan memang nampak usus Ica bulat. Usus dia tersumbat sebab ada benda sedang mengembang dalam usus dia.

Allahuakhbar…longgar lutut aku dengan laki aku takda (urus anak sekolah) nak tak nak aku kena hadap. Takda masa la nak cari bahu nak nangis. Aku gagah jugak senyum depan Ica. Dia nangis sambil tangan dia mengapai-ngapai tangan aku. Aku peluk dia. Aku bisik “Ica kena kuat sebab mama tak kuat” dia terus merengek pelan-pelan…

PAKAR BEDAH DATANG

Lepas scan semua, pakar bedah datang. Allah…time tu aku terus stanby duit, angka-angka puluh ribu bermain dalam kepala aku. Ica mesti kena bedah.

Doktor cadangkan hospital government. Dia kata pakar terbaik. Doktor yakinkan aku. Siapa aku untuk menidakkan kata-kata doktor ? Aku pun setuju dengan suggestion dia. Aku redha dan berserah pada Allah. HSI menjadi pilihan doktor. Aku angguk tak terdaya. Tak makan apa pun dari pagi. Selera hilang…

ICA MUNTAH HITAM

Sejam lepas tu ambulan sampai dan kami pun dibawa ke HSI. Allah ramainya orang. Aku takut kalau pembedahan Ica ditunda…

TAPI AKU SILAP!

Doktor perempuan dari HSA. Pakar terbaik aku pernah jumpa. Kata-kata dia tak melumpuhkan semangat aku. Setiap kata-kata dia buat aku berserah sepenuhnya kepercayaan membawa Ica dalam tangan dia.

Ica muntah hitam ! Doktor tu cakap “Adik muntah…? sikit je ye dik…sian adik” lembut longai hati aku dengar. perasaan takut langsung hilang. Aku setuju nak buat pembedahan tapi doktor terangkan satu persatu. Pertama, kemungkinan pembedahan usus akan dipotong sekiranya berlaku usus itu rosak. Yang kedua kemungkinan akan buang air besar menggunakan kantong beg untuk beberapa ketika.

Luruh hati beb bila dengar camni…aku sign segala surat. Make up aku ? Takda. Dah macam orang gila. Aku bersila depan dewan bedah. Aku tunggu Ica. Aku tak nangis…insya-Allah jika Allah izinkan, Ica akn kembali pulih. Aku percaya dengan doktor tu.

Selama 2 jam 30 minit aku tak berganjak dari depan bilik bedah. Aku tunggu Ica. At last doktor panggil aku. Masuk je bilik doktor, fuhh terperanjat gila kot ! besar gila ! usus Ica bengkak. Nasib baik aku bawak Ica awal, kalau sampai sel usus rosak, memang kena potong la ususnya. Bersyukur berjuta kali Ya Allah…pembedahan berjaya dan Ica stabil cuma sekarang dia tidur belum bangun lagi.

BOLA TU SERAP AIR, SERAM BILA TENGOK !

Bola tu serap air. Bola tu sangat seram bila tengok. Kau bayangkan bola tu bila kena air dia just kembang dan bila dipicit dia akan musnah. Tapi yang ni keras pejal dan semakin membesar dan tahu tak doktor tu cakap ? “Ada lebih besar dari ni !”

Aku tak tahu nak cakap apa cuma bersyukur. Mungkin benda ni korang anggap remeh tapi, bila kau yang hadapi, sumpah kau serik ! Aku menyesal sangat tak buang benda ni waktu nampak Iriss bawak masuk, aku menyesal sangat !

Tolong jangan ulangi kesilapan aku, sebab kecuaian aku, perut anak kecik yang masih tak tau apa-apa tu dah kena belah. Sumpah menyesal !

Doakan Ica supaya bangun dan usus pulih dengan baik. Terima kasih semua…

 

Sumber :
Ika Tieqa

 


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment