Kerajaan ke arah pengharaman perkahwinan kanak-kanak

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Kerajaan sedang merangka standard operasi piawai (SOP) bagi mahkamah syariah untuk memperketatkan peruntukan berkaitan perkahwinan kanak-kanak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mujahid Rawa Yusof.

Menyifatkan sebagai “langkah jangka pendek”, menteri agama berkata kerajaan cenderung ke arah pengharaman terus perkahwinan kanak-kanak.

“Kita akan keluarkan SOP untuk memperketatkan (prosedur) kerana selagi ada peruntukan (perkahwinan kanak-kanak), kamu harus hormatinya.

“Ini hanya langkah sementara, langkah jangka panjang lebih penting. Kita patut sampai ekpada pengharaman perkahwinan kanak-kanak,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen pagi ini.

Mujahid berkata SOP itu dijangka dibentangkan padanya untuk penelitian pertama pada penghujung bulan ini.

Sebelum ini, negara digemparkan dengan isu perkahwinan seorang lelaki 41 tahun dari Gua Musang, Kelantan dengan kanak-kanak 11 tahun.

Pada masa ini, kanak-kanak perempuan bawah 16 tahun dan lelaki bawah 18 tahun dibenarkan berkahwin jika mendapat kebenaran mahkamah syariah.

Bagi bukan Islam, golongan itu harus mendapatkan kebenaran khas ketua menteri atau menteri besar negeri berkaitan.

 

Sumber :
– https://www.malaysiakini.com/news/435799


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment