“Kerajaan akan ambil alih Usul RUU355 dari PAS” – Zahid Hamidi

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

AKAN DIJADIKAN USUL KERAJAAN, BUKAN LAGI PERSENDIRIAN

Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian yang dibentangkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan dijadikan RUU kerajaan pada sesi Parlimen akan datang. Ini bermakna wakil kerajaan akan membentang RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, menjelang Parlimen akan datang, kerajaan perlu melaksanakan Tabayyun iaitu penjelasan kepada parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) berhubung RUU 355.

Tegas beliau, RUU berkaitan perkara itu bukan kali pertama akan dipinda kerana pindaan pernah dibuat pada tahun 1964 dan kali terakhir pada tahun 1985.

Jelas Ahmad Zahid, pertentangan pandangan dalam kalangan pemimpin BN berlaku kerana mereka salah tafsir tentang RUU 355 yang diperuntukan untuk orang Islam di negara ini.

“Ketika itu tidak ada penentangan daripada orang bukan Islam. Tidak seharusnya RUU355 membangkitkan masalah kepada bukan Islam kerana undang-undang itu untuk orang Islam. “Pada saya mereka khuatir undang-undang ini akan melibatkan agama dan bangsa lain,” katanya kepada MalaysiaGazette dalam pertemuan di sini hari ini.

Menurut beliau, parti-parti pembangkang seperti Parti Amanah Negara, Parti Keadilan Rakyat dan PAS telah diundang untuk bersama-sama ahli-ahli Parlimen baru-baru ini untuk membincangkan pandangan yang berbeza. Dalam taklimat itu, ujarnya, walaupun wujud pendapat yang tetapi masih ada titik pertemuan.

SEMUA PARTI SETUJU JIKA PENCERAHAN DILAKUKAN

“Kita lihat ada kesan positif dan mereka menyatakan untuk bersetuju jika pencerahan dilakukan.

“Dalam soal Islam tidak harus ada berbeza pandangan. Kalau ada, ia seharusnya dilakukan berdasarkan sumber kukuh nas yang datang dari sumber al-Quran dan hadis. Jika tidak ada dalam kedua-dua sumber itu, kita rujuk kepada qiyas dan ulama.

“Jadi kalau mahu berbeza pendapat (tentang agama Islam) biar berbeza di luar, di Dewan Rakyat sahaja. RUU perlu melihatkan persetujuan bersama dalam kalangan orang Islam.

“Saya yakin RUU ini ini akan dibawa di Parlimen oleh pihak kerajaan. Ia harus berjalan dengan syarat kita ketepikan perbezaan politik demi agama Islam,” tambahnya.

Pada hari terakhir sesi Parlimen baru-baru ini, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang bangun membentangkannya dengan usul pindaan RUU 355 tetapi penjelasan lanjut ditangguhkan sehingga sesi Parlimen akan datang.

 

Kredit :
MalaysiaGazette
MyNewsViral

[embedyt] http://www.youtube.com/watch?v=foLUASb3ap0[/embedyt]


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment