Kenapa masih ramai yang belum mencarum dalam takaful

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Kenapa Masih Ramai Yang Belum Mencarum Takaful

Salam Sejahtera semua,

sebelum bermula saya ingin memohon maaf jika ada terkasar bahasa dan menguris hati sesiapa, ini adalah sekadar luahan dan kesedaran kepada masyarakat.

Jika kita membincangkan tentang topic takaful/insurans pasti ramai dikalangan kita semua akan berasa janggal atau tidak ambil peduli kerana pengetahuan dan pendedahan kita terhadap kepentingan takaful adalah sangat lemah,ini kerana tahap kesedaran dan persepsi segelintir masyarakat terhadap takaful menyebabkan sifat negativiti itu sukar ditembusi, tetapi ingin saya tekankan bahawa ada juga yang peka dengan kepentingan takaful kepada diri dan masa depan.

Pertama adalah SIKAP, ini merupakan faktor utama yang menyebabkan kenapa masih ramai yang belum mencarum takaful, sikap tidak peduli, sikap suka mengangguh dan sikap pentingakan diri sendiri ini perlu di buang oleh masyarakat sekarang,kerana sampai bila kita nak mengharap belas kasihan orang lain, jangan kita terus dengan sikap bahawa “oh takpa la ,kalau tak cukup duit untuk operation nanti viralkan ja la, orang kita kan selalu membantu” adakah ini sikap yang kita tunjukkan untuk genesari akan datang? mengemis dengan hidup sendiri? kenapa kita tidak memberi peluang kepada diri sendiri untuk hidup degan lebih aman dan tenang? kenapa mesti pentingkan diri sendiri! Ingatlah wahai masyarakat bahawa hidup bukan selalu nya cerah, akan tiba waktu mendung itu barulah kita akan menyesal kerana sikap diri kita itu sendiri.

Kedua GAYA HIDUP, dengan revolusi moden dan pelbagai kehendak yang ingin dipenuhi sehingga kita lupa dan alpa dengan perkara-perkara yang lebih penting yang perlu kita lakukan, seperti simpanan kecemasan, pelaburan masa depan, kad kesihatan dan sebagainya. Trend masa kini yang telah meracuni pemikiran anak-anak muda kita telah menyebabkan mereka lalai dan selalu memetingkan diri sendiri, contohnya “smartphone” / memiliki “iphone” bagi anak muda di Malaysia telah menjadi satu kewajipan untuk menunjukan taraf hidup mereka telah meningkat , adakan pula yang sanggup meminjam wang semata-mata untuk menunjuk kepada kawan-kawan. Wahai anak muda, berbelanjalah mengikut kemampuan anda, dan jangan kerana sifat tamak dan sombong anda itu, anda menggelapkan masa depan anda.

Sekian dari saya, untuk lebih info menarik boleh like page saya di ;

https://www.facebook.com/areebishaktakafuladvisor/

Sedarlah sebelum terlambat! 

 

Hantarkan confess anda kepada kami melalui link ini : https://mynewsviral.com/confession-form/


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment