“Kenapa belum pasti guru bersalah, ibu bapa dah mula nak saman ?” – Cikgu Emmet

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

ANAK SAYA JUGA PERNAH DIKATAKAN BERSALAH DAN INI APA SAYA LAKUKAN KEPADANYA

Kepada rakan rakan ibubapa dan guru guru…tentu kita hairan bila membaca tentang kerenah dan sikap guru yang melampau dalam menghukum anak anak murid. Bagaikan viral hampir setiap minggu dan bulan ada sahaja kisah guru mendera anak anak muridnya. Saya juga seorang guru…saya mendidik anak murid saya supaya mereka menjadi insan yang baik. Kunci untuk menjadi baik ialah disiplin yang tinggi. Untuk melaksanakan disiplin maka perlaksanaan peraturan MESTI dipatuhi. Ibubapa harus SEDAR hakikat ini.

Saya sendiri seorang bapa…saya juga kadangkala menerima aduan dari anak saya bahawa dia dihukum oleh guru kerana kesilapan murid lain. Tapi saya bersangka baik dan berlapang dada…saya nyatakan pada anak saya mungkin dia ada buat silap….atas kesilapan itu dia dihukum. Anak saya berkeras mengatakan dia tak salah yang salah ialah sifulan dan dia pula dituduh. Dan saya nyatakan kesilapan dia ialah dia berada ditempat yang salah…bersama orang yang salah dan dia menerima hukuman akibat kesalahan orang lain…saya katakan padanya jangan rapat dengan orang yang nakal nanti kita dihukum kerana disangka orang nakal. Alhamdulillah anak menerima kata kata saya…

Apa yang saya ingin nyatakan ialah kita jangan terus mempertahankan anak-anak kita dalam isu hukuman guru…siasat dengan lebih teliti…saya pernah mengadu tentang kes buli yang melibatkan murid tahun 5 yang membuli anak saya yang waktu itu berada di tahun 2. Kalau ikut hati mazmumah ingin sumpah sahaja gurunya kerana tidak jaga disiplin murid murid…tapi saya husnudzon bersangka baik…mungkin perbuatan buli itu tidak dikesan oleh guru…tindakan saya ialah hubungi guru besar dan adukan padanya agar tindakan diambil…alhamdulillah tindakan diambil oleh pihak sekolah dan pelajar terbabit dihukum.

SAYA SENDIRI PERNAH DI JERKAH

Saya sendiri pernah dijerkah ibu berbangsa iban kerana sebagai guru disiplin saya gagal melindungi anaknya dibuli oleh murid lain…saya minta terperinci kejadian dan memanggil anaknya..hasil keterangan maka di dapati kejadian berlaku di asrama…saya bukan warden dan kejadian berlaku pada malam hari…saya memanggil warden dan guru penolong kanan hal ehwal murid. Kami berbincang menyelesaikan masalah anak ibu tadi…akhirnya ibu pun pua shati dan minta maaf sebab tinggikan suara pada saya…para ibubapa, berapa kali kita bertemu guru anak-anak kita?

INGAT LAGI KES CIKGU PUKUL PELAJAR DENGAN PENYAPU ? INILAH KISAH DISEBALIKNYA

Adakah kita simpan nombor telefon guru dan guru besar anak kita? Berapa kali kita berbincang dengan guru kita? Ingatlah anak-anak murid sekarang banyak alasannya. Teringat saya tahun 1993 tahun pertama saya bertugas disebuah sekolah di daerah Petaling Jaya…kisah seorang ustaz yang didakwa oleh ibubapa kerana memukul anaknya dengan penyapu. Laporan polis dibuat dan guru tersebut dijemput oleh polis di sekolah untuk memberi keterangan di balai…dan berita ini tersiar dalam akhbar. Bayangkan bagaimana malunya ustaz tersebut…malah dia mengakui ada memukulnya dengan kayu penyapu. PPD pun datang ke sekolah siasatan dari pihak jabatan dan sekolah dibuat…saya turut dipanggil kerana saya adalah guru kelas murid yang dipukul itu. Buku kehadiran disemak…guru besar dan PPD terkejut mendapati murid ini tak hadir ke sekolah 5 hari berturut turut. Sedangkan dakwaan murid itu dipukul pada hari yg dia TIDAK hadir kesekolah.

Murid tersebut dipanggil…ibubapanya hadir dan peguam juga hadir. Setelah dipujuk dan ditunjuk buku kehadiran muka murid itu berubah…bila dipaksa oleh bapanya menceritakan hal sebenar maka dia menangis dan berkata kepalanya bengkak akibat bergaduh dengan murid lain yang ponteng dan bermain di Tasek Taman Jaya. Kerana takut diketahui ponteng dia mengadu pada bapanya yang kepalanya berdarah akibat dipukul ustaz…tambahan pula minggu sebelumnya memang ustaz ada pukul kepalanya dengan penyapu kerana berlari memakai kasut dalam surau. Bapanya menutup muka merahnya…akhirnya memohon maaf pada ustaz dan pihak sekolah…minggu itu juga bapanya menukar anaknya ke sekolah lain. Jadikanlah ini iktibar wahai ibubapa dan guru-guru…kami guru juga ada anak…kami sayangi anak dan kami sayangi murid….jadilah kita masyarakat yang saling bantu membantu.

Itu baru kes guru menghukum anak-anak murid. Bagaimana pula kes yang melibatkan murid mencederakan guru?

Ada kes murid tertutup pintu hingga jari guru putus. Ada kes murid terpasang suis waktu guru membaiki kipas dan akhirnya guru tersebut koma dan meninggal dunia. Ada kes murid pecahkan lampu kereta dan calarkan kereta guru yang baru dibeli. Yang terkini ada murid tersalah baling peluru 4kg hingga terkena kepala guru. Maka hanya kerana TER sahaja guru-guru memaafkan perbuatan tersebut. Tapi bila kena kepada murid…maka sumpah seranah dan saman bermain-main di bibir mulut.

 

Marilah kita sama-sama berbincang perkara yang boleh dibawa mesyuawarah. Carilah penyelesaian secara rundingan dan berfikir secara rasional. Guru dan ibubapa juga pendidik kepada anak anak.

 

Kredit :
Cikgu Emmet Menulis

 


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment