Kena bayar tol dipelamin, adat resam Orang Johor yang menyusahkan ?

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Tips nak setel Tol naik pelamin kalau pengantin perempuan Orang Johor 

Lately kecoh pulak pasal hal tol naik pelamin kat Johor…ada yang kata adat yang menyusahkan…ada yang kata tak patut…

Macam ni bapak bapak mak-mak kakang-kakang embah-embah sekalian…

BENDA NI BUKAN TREND MACAM RAVER DAN HISPTER 

1-Namanya pun adat…ini adat dan budaya orang-orang Johor…bila kita cakap pasal adat dan budaya, benda ni bukan baru jadi setahun dua. Benda ni bukan trend macam raver dan hipster. Adat ni wujud sebelum budak 90-an lahir lagi. Elok ja orang orang dulu amalkan adat budaya ni. Apabila datang zaman 2016 mulalah kau kata mengarut. Ceh…

2-Apabila berhadapan adat dan budaya macam ni kenalah bijak…sebelum bertandang, apa salahnya buka mulut tanya keluarga mentua belah Johor tu dulu camne nak hadap. Ini tak, kau fikir google saja dah memadai. Kau sendiri yang standby duit mahal-mahal bayar tol…dah rasa keluor duit banyak, baru nak berbunyi kat fesbuk ngan twitter…dorang tak hadap pon duit kau tu bang…kau bagi singgit pun dorang terima. Yang biasa stanby kat tol tu selalunya famili belah pompuan..sekali ngan orang kampung yang rewang masa kerja kawen kau tu..

Sebenornya dorang Saja suka suka nak usik pengantin…alaaaah kena usik sikit pun tak boleh.

SILA PILIH PENGAPIT YANG BOLEH HANDLE SITUASI

3-Apabila bertandang ke rumah pengantin perempuan kat Johor, sila pilih pengapit yang betul-betul boleh handle situasi. Pengapit memainkan peranan penting bila berhadapan dengan Tol-tol ni.

Aku berapa kali dah jadi pengapit bila kat Johor. Antaranya masa adik laki aku kahwin. Bang, kami standby duit RM1 ja dalam sampul…tak banyak pun , ada 20 sampul ja…lepas tu selebihnya aku bior tak ada sampul.

Bila sampai kat pelamin, sampul tinggal tiga. Aku habiskan sampul pastu aku konon-konon keluarkan duit RM1 yang berkepok kepok tu. Aku bagi seorang RM5 termasuk ngan mak andam sekali. Pandai-pandailah sembang buat rayuan masa kat tol last tu. Yang penting meriah.

Ada majlis lain pulak kat JB…masa tu aku jadi pengapit jugak. Sampai tol last memang duit yang kami prepare tak cukup sebab ramai yang standby kat tol. Ada 3 tol semuanya. Aku minta kowtim, makcik pengantin perempuan suruh pengantin lelaki joget. Aku kowtim pengantin tak yah joget, aku yang joget. Setel…pengantin laki dapat naik pelamin. Pengantin perempuan senyum…semua happy.

Bukan nilai duit yang jadi ukuran…tapi budi bicara dan cara kau bercakap dengan orang tua tu yang penting.

ADAT NI TAKDA KAITAN LANGSUNG NGAN JDT ! JANGAN JADI BANGANG !

4-Adat dan budaya ni takda kaitan langsung dengan bola. Takda kaitan langsung dengan JDT…sila matang dan jangan jadi bangang !

Kepada semua orang melayu yang acah acah melayu moden yang lupa adat dengan asal-usul…

Adat dan budaya yang wujud semua ni bersebab. Ia simbolik kepada pengajaran hidup yang lebih besor. Kalau setakat tol nak naik pelamin ni pon kau dah rasa beban dan menyusahkan, macamana kau nak hadap tanggungjawab besor kau nanti masa jadi suami ? Kalau setakat nak hadap orang-orang yang tunggu kat tol tu pun kau dah rasa semak, macamana kau nak hidup bermasyarakat pulak pada masa akan datang?

Kalau Orang Melayu sendiri tak jaga resam dan adat Melayu, siapa lagi ? Nak harap kan Coco ? Dia memang mix. Takleh nak buat apa dah.

Hidup jangan sekadar pandai bagi alasan saja bang…cari jalanlah…setakat tol naik pelamin pun dah meroyan…kata sayang…sayang waklu ! – MyNewsViral
Kredit :
– Via Wan Utama
– Pic Via Capturepixs


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment