Kemaskini : Dugaan Cikgu Azizan belum berakhir

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Keluarga seorang murid yang ditampar guru lelaki Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai di Negeri Sembilan bercadang memfailkan saman terhadap guru tersebut kerana mencederakan anak mereka, lapor media tempatan.

Ibu murid itu yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 45, dipetik Utusan Onlinesebagai berkata, mereka terkilan dengan keputusan mahkamah melepaskan guru tersebut, Azizan Manap atau Cikgu Azizan, namun menimbang untuk mengemukakan saman sivil selepas ini.

Katanya, mereka mempunyai bukti kecederaan serius dialami anak bongsu daripada lima beradik tersebut termasuk gambar dan laporan perubatan, petik laporan itu.

“Pipi anak saya merah (cedera) manakala telinganya berdesing akibat ditampar. Pegawai perubatan yang merawatnya juga mencadangkan supaya membuat laporan polis kerana kecederaan itu.

“Kami akan dedahkan semua bukti berhubung kecederaan itu dalam sidang akhbar yang akan diadakan esok,” katanya dalam laporan itu.

Mas mendakwa, pihak sekolah tidak pernah memaklumkan kepadanya dan suaminya bahawa anak mereka mengalami masalah disiplin selama ini.

“Kami hanya tahu anak kami dikatakan ada masalah disiplin selepas kejadian dia ditampar oleh cikgu berkenaan. Itu pun selepas kami bertanya mengapa tampar anak kami sampai begitu sekali,” katanya, dipetik laporan itu.

Mahkamah Majistret Seremban hari ini melepas tanpa membebaskan Azizan Manap, 44, atau Cikgu Azizan daripada pertuduhan mencederakan muridnya, pada Oktober lalu.

Majistret Mohd Zaki Abdul Rahman memutuskan demikian selepas Jabatan Peguam Negara mengarahkan kes terbabit ditarik balik.

 

Sumber :
– https://www.malaysiakini.com/


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment