Kelu…tiga beranak maut digilis lori selepas pulang dari sekolah dan tabika

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

MELAKA – Tiga beranak, termasuk dua kanak-kanak berusia lima dan lapan tahun maut apabila motosikal yang mereka naiki terbabas, sebelum digilis sebuah lori di Kampung Balik Bukit, Bukit Lintang, Telok Mas, di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, Mohd Lazi Mohd Taher, 35, dan dua anak perempuannya, Nur Balqisha Amani dan Nurfarisha Amanina, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di anggota badan.

Bagaimanapun, pemandu lori yang membawa muatan pasir berusia 70-an tidak mengalami sebarang kecederaan.

Difahamkan, mangsa yang berasal dari Taman Bukit Larang dalam perjalanan pulang daripada mengambil kedua-dua anaknya dari Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Mas dan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) KEMAS Bukit Larang di sini.

Sumber berkata, ketika kejadian motosikal jenis MODENAS Kriss yang ditunggang mangsa dipercayai gagal memotong lori pasir terbabit, sebelum terbabas dan digilis.

“Mangsa bersama dua anak perempuannya meninggal dunia di tempat kejadian akibat digilis lori. Ketiga-tiga mayat kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan kejadian itu.

 

Sumber :
– www.suara.tv


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment