Kedekut yang cerdik. Gaji tinggi tapi hanya bawa Kelisa, jauh sekali Alphard kerana…

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

KEDEKUT YANG CERDIK

Saya ada seorang sahabat. Suami isteri bekerja sebagai doktor perubatan. Anda boleh bayangkan gaji keduanya selepas 5 tahun bekerja. Saya fikir mungkin mencecah 9K sebulan untuk keduanya tak termasuk dengan “menoreh” di malam hari atau di hujung minggu di klinik-klinik swasta.

Apa yang menariknya, si Zaman (bukan nama sebenar) ni sangat KEDEKUT. Namun saya seronok lihat dia dengan idea kedekutnya. Di saat para doktor yang lain mula tukar kereta. Ada pakai City, Civic, Perdana, Preve, Vios dan ada juga yang pakai Alphard. Dia hanya membeli sebuah kereta Kelisa 2nd untuk kegunaan suami isteri. Ada juga sebiji motor kapcai bawah 110cc untuk kegunaan ke Masjid dan Surau serta ke kedai runcit.
Saya pernah tanya si Zaman ni. Kenapa tak pakai kereta yang mewah dan besar sikit. Anak dah masuk 2 orang dah. Doktor-doktor lain kebanyakkan kereta mewah, cikgu-cikgu pun sama naik dengan doktor dari segi berkenderaan ni.

Dia jawab pada saya, kereta Kelisa dah habis bayar. Buat 5 tahun sahaja. Suami isteri kerja di tempat yang tak jauh sangat. Suami naik motor isteri pandu kereta. Nak balik kampung pun, masih dalam negeri yang sama dengan tempat bertugas. Kelisa dah cukup untuk balik berziarah.

KALAU NAK JALAN-JALAN JAUH DENGAN MERTUA, PAKAI KELISA ?

Saya tanya lagi. Kalau nak jalan jauh-jauh? Nak bawa anak-anak dan keluarga mertua macamana? Mampukah Kelisa nak bawa ramai-ramai? Jawapan yang sangat KEDEKUT dia berikan pada saya iaitu kKerja sebagai doktor cuti tak banyak dan tidak semudahnya untuk ambil. Boleh jalan-jalan namun bukan untuk tempoh yang panjang. Jadi katanya “aku sewa Alphard”. Dalam 3 hari sekitar RM1000 kalau pandai bodek dengan owner kereta. Wah! Tentu rugi. Baik kau beli sendiri Zaman.

Caranya begini untuk KEDEKUT. Kalau beli Alphard 2nd untuk tahun 2012. Harga sekitar RM189K. Kalau buat loan 9 tahun. Mahu dalam RM2K sebulan nak kena bayar. Sedangkan Dr Zaman hanya pergi kerja dengan motor. Orang rumah dengan Kelisa. Maka si Alphard ni akan tersadai di rumah. Digunakan beberapa kali sahaja dalam seminggu. Bahkan untuk long distance hanya beberapa kali sahaja sebulan. Rugilah katanya.

Walaupun dia hanya sewa Alphard dengan harga RM1000 untuk sekali sewa. Namun itulah harga yang dia kena bayar sekali untuk setahun iaitu hanya pada percutian keluarga. Sedangkan owner Alphard bagi kegunaan individu perlu bayar bulan-bulan walaupun pandu sekejap-sekejap dan jarang-jarang. Roadtax kena tanggung, service kena bayar, tayar kena ganti. Wah, sangat KEDEKUT si Zaman ni.

IDEA INI MEMANG SANGAT KEDEKUT, TAPI…

Lebihan gaji bulanan dia dan isteri mula menambah eset positif. Sudah ada kediaman peribadi, tanah bendang yang dibeli dan di sewakan, melabur dalam amanah saham dan juga lain-lain demi masa depan. Keluarga akan terus berkembang katanya. Nanti anak dah ramai kita fikir pula cara lain untuk selesakan keluarga.

Nasihat dia untuk saya dan saya kongsikan buat semua. Jangan tambah aset yang menjadi liabiliti dalam hidup semata-mata untuk jaga apa yang orang nak kata pada kita. Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.

Idea ni memang sangat KEDEKUT namun jika kena gayanya Kedekut sudah jadi CERDIK. Pentingnya aliran tunai yang sihat dalam kehidupan kita. Idea ini tak semestinya tepat 100% dengan kita namun boleh diubah suai.

Saya? Saya hanya test drive Nissan Serena.

* Saya ubahsuai nama dan jalan cerita sebab si zaman sentiasa buka FB saya…hahaha

Kredit :
– Nazmie Samarahan


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment