“Kamu akan sentiasa jadi bro saya” – Syed Saddiq

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq menyifatkan tugas yang dilakukan Numan Ariff sebagai tidak ternilai.

Dalam mesej ringkasnya kepada media, menteri paling muda Kabinet 2018 itu menghormati keputusan perletakan jawatan individu yang membantunya sejak kempen untuk Pilihan Raya Umum lalu.

“Segala khidmat kamu sebelum ini tidak ternilai sejak hari berkempen.

“Moga sentiasa tabah dan saya sentiasa menghormati keputusan.

“Kamu akan sentiasa jadi bro saya,” jawabnya ringkas.

Numan Afifi yang dikecam sebelum ini mengambil keputusan meletak jawatan daripada tugas sebagai pegawai media sementara Syed Saddiq.

Menerusi kenyataan medianya pada Isnin, Numan menyifatkan kecaman dan ancaman yang hebat oleh agen propaganda pembangkang telah menyebabkan mustahil untuknya menjalankan amanah yang diberi.

‘Pegawai akhbar’ Syed Saddiq letak jawatan

“Saya berhasrat untuk mengulang dan menegaskan kenyataan YB Menteri bahawa setakat ini belum ada sebarang perlantikan rasmi di Pejabat Menteri.

“Menjawab mengenai isu beberapa nama yang tertera di laman web rasmi Kementerian, saya dimaklumkan terdapat unsur-unsur sabotaj dan siasatan dalam sedang dijalankan,” katanya.

Beliau menambah, YB Menteri akan mengambil tindakan tegas ke atas pesalah.

Pada masa sama, Numan berharap hidup bermasyarakat di Malaysia yang meraikan kepelbagaian tanpa prejudis dapat diamalkan dan menghargai segala sokongan yang diberikan kepadanya.

Numan merupakan pentadbir bagi kumpulan WhatsApp untuk menyelaraskan jadual kerja Syed Saddiq dan pihak media selepas anggota parlimen Muar itu memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Beliau juga sebelum ini memperkenalkan diri sebagai “pegawai akhbar” kepada menteri muda berkenaan.

Bagaimanapun pelantikan itu mencetuskan kritikan sesetengah pihak yang mendakwa Numan memperjuangkan hak ‘Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual’ (LGBT) justeru tidak sepatutnya dilantik sebagai kakitangan kementerian berkenaan.


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment