Jutawan Qu Puteh sah bercerai talak satu

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

KUALA LUMPUR, 7 April — Pemilik produk kecantikan Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Hasmiza Othman hari ini sah bercerai talak satu dengan suami Fairuz Ahmad Zainuddin jam 10 pagi ini.  Perceraian Hasmiza, 46, atau lebih dikenali Vida dibuat secara baik di Mahkamah Syariah Ipoh, Perak setelah tiada kesepakatan untuk pasangan itu berbaik semula, lapor Berita Harian.

“Saya yakin ini adalah jalan yang terbaik bagi kami. Saya juga percaya, setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.

“Perasaan saya bercampur baur dan sukar untuk saya gambarkan, tetapi saya bersyukur semua sudah berakhir,” katanya seperti dilapor portal itu.

Jutawan produk Qu Puteh itu berharap cakap-cakap tentang perceraiannya berakhir dan mahu terus ke depan.

Bekas Penasihat Kehormat Kelab Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu berkahwin dengan Fairuz, yang juga perkahwinan ketiganya sejak Januari 2014.

 

Sumber :
– www.themalaymailonline.com


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment