“Job Sifu, anda adalah scammer dan sungguh kejam !” – Netizen

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Hari neyh aku nak kongsi kejadian yg aku rasa paling tak patut dan malang buat ribuan pencari kerja. Seperti sedia maklum, hari neyh ada pameran kerjaya yg terbesar di kawasan utara (katanya lah), yg dikelola oleh jobsifu. Jadi seawal jam 11 aku tgok kawasan park dah mulai penuh, dan aku jangka ramai graduan ataupun org yg mencari kerja dah sampai ke tempat tu.. Bila sampai saja di perkarangan TH-Hotel, aku tgok dah ribuan org dah beratur panjang. Dah macam Mood Republik 😐. Jadi aku terus ambik satu borang pendaftaran temuduga dan isi dibawah panas terik bersesak2. Takpa, aku tgok muka sorang2, dah macam nak pitam pon ada dan masing2 berharap dapat masuk ke ruangan bersama panel penemuduga. Dan aku berjaya masuk dan akan melalui fasa kedua dimana calon akan disoal jawab oleh seorang panel utk 5 orang calon (satu meja bulat). Dan berberapa minit kemudian, kami diberi taklimat supaya menjaga adab bersama panel penemuduga, dan jawab dgn yakin apa yg disoal. (entah dari mana panel tu kami pon tak tau) .

Dan Satu ayat keluar dari mulut si mamat yg announce tadi. Pada station 2, panel2 akan iv kita dan mereka akan suggest 5 job yg paling sesuai dgn kita punya kriteria. SATU JOB SATU BORANG .. Dan kami kena BAYAR RM 10 UNTUK SATU BORANG.. 5 BORANG BERSAMAAN RM 50!!!! setiap borang tu kita kena isi bila masuk di station 4 iaitu utk ke booth2 yg di tawarkan. Aku tgok muka setiap calon yg menunggu dgn aku dah kecewa abis. Mana taknya, ada yg dtg dari peneng, perak, mai dgn famly pon ada!! Sebelum neyh tak dimaklumkan pon ada bayaran. Yaaa kalau maklum aku rasa bapa kerat ja yg mai kan. Cis tektik depa..

Dan setelah beberapa minit tnggu di luar bilik iv, kami dimaklumkan sekali lagi, dia cuba persuade kami dgn ayat “ok tuan2, anda sebenarnya boleh membeli seberapa bnyak borang temuduga syarikat yg anda ditawarkan. “tapi kalau beli sikit, kecik lah peluang utk anda dapat tawaran kerja” jadi saya syorkan beli lah 5 atau 8 borang” nanti bnyak pilihan yg anda dapat sampai tak terpilih yg mana satu tawaran yg anda nak. 😂. “Dan bayaran Rm10 bagi setiap borang utk kami post terus kepada pihak industri/syarikat yg anda ditawarkan tu” (ok aku dah dapat baca teknik kru job sifu) (persuasive technic supaya org rsa rugi tak beli borang tu byak2.) jadi aku terfikir, dah kalu macam neyh better isi jobstreet, mau kerja, linked in dan bnyak lagi website yg bukak job vacancy tu!!! Dan satu sen pon tak kena bayaran..

Dan aku cuba stay sebab nak tgok apa yg depa hide kan sebenarnya utk persuade penganggur yg macam kami.. Aku tak bayar satu sen pon sebab plan bila dah masuk nak beli satu borang ja, tak pon aku belah ja.. Depa ingat kita bodoh.. Aku tnggu sebab aku nak tgok apa situasi kat dalam.

10 minit lepas tu, aku dan ramai calon2 lain dibenarkan masuk terus ke lokasi booth, dengan harapan kot2 ada lebih 5000 jawatan kekosongan 😌.. Bila dah masuk indah khabar dari rupa!! Yg bnyak company jual insurance, kad prepaid prabayar, agen2 syarikat, kiosk makanan dan jualan produk kosmetik. Ini lah 5000 jawatan yg tersedia hehe. Aku bukan nak salah kan company and kiosk2 yg bukak kat dalam tu, sebab aku dpt maklumat yg depa pon tak clear dgn motif job sifu. Hnya untuk memeriahkan suasana atau penuhkan vendor yg ada. Dan aku sempat temubual sorang brother yg bukak booth dlam tu, company dia hnya bukak permohonan kerja melalui online, dan sesetengah company nak cari hnya 1 calon utk jawatan terbuka 😂. Hahaha kau rasa?????

Indah kan khabarnya?? Dan aku terfikir, kesianya calon2 iv yg dah bayar rm50 sebelum neyh, and depa balik dgn perasaan hampa. Depa tak fikir org yg mai ke program dgn famly pon banyak!! Mak ayah yg dah sakit lutut, sanggup jgk hantar anak dtg temuduga job sifu..Mak ayah yg tnggu anak2 tgah panas, dan aku nampak ada jgk calon yg keluar utk mintak duit kat fmly, semata2 nak bayar duit borang kerja!!! Inikah nasib kami mahasiswa semalaysia!!!

Rm50 weyh kena bayar utk dpat masuk?? Dan tawaran kerja tu belom tentu dapat pon. Apa motif bayar Rm 50??? Allahurabbi, jobsifu!!!! Hampa sunggoh kejam, hampa tak fikir org mai jauh2 semata2 nak tgok peluang kerja yg ada, nak ubah nasib keluarga. Yang hanya ada Rm 20, 30, 40 dalam poket semata nak isi minyak mai ke program hampa!!!!!!! Iklan gah tak semena!! Lebih 5000 jawatan dan Ekspo terbesar di utara katanya!!!!! Aku rasa jobsifu dan company DBI sama ja kencingnya..cuma modus operandi berbeza.. Iklan seantero dunia, seolah2 peluang terbesar terpampang depan mata!!Tapi habuk pon tak ada..Lepas neyh aku harap pihak penganjur, tak perlu lagi letak iklan yg gah2. Aku tak kisah kalau hampa terus terang tak bnyak twaran yg ada, dan yg paling tak guna bila hampa kenakan charge Rm50 semata nak terima borang tawaran kerja.

So aku rasa “jobsifu is not a jobfair, just like a carnival and funfair actually”. Dan hampa boleh tgok depa dah tutup page sekarang.. Ayuh bangkit bersuara..

Sekian dari aku
Luahan hati tak terbela.

 

Kredit :
– Muhd Hafizul Zikri


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !
   
Tags:

Related Posts

Add Comment