Jangan bandingkan saya dengan bekas kekasih Sufian, kata Elfira

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

KUALA LUMPUR, 5 Julai — Pelakon Elfira Loy enggan dirinya terus dibandingkan dengan bekas kekasih penyanyi Sufian Suhaimi. Elfira, 23, berkata sebagai seorang selebriti pastinya hubungan bersama Sufian lebih banyak diperkatakan berbanding bekas kekasih penyanyi “Terakhir”.

“Masa dengan bekas kekasihnya, Sufian belum menjadi selebriti, jadi benda yang dia buat tidak dihebahkan.

“Saya seorang selebriti. Benda kecil yang saya buat pun mendapat ‘like’ yang banyak. Betul tak?

“Kita tidak boleh membandingkan kisah lepas seseorang dengan yang sekarang. Setiap manusia berubah.

“Kalau pun dia tidak buat [romantik] dulu. Mengapa pula dia tidak buat sekarang. Mesti ada perubahan,” katanya kepada ProjekMMO.

Oh , suruh tidur tahu tahu sampai sini. Youuuuuu sneakyyyy youuuu @sufiansuhaimi_ 😂 .

A post shared by 23 🇲🇾 | My Mom Is Watching 🕊 (@elfiraloy) on

Sufian, 25, sebelum ini mendakwa Elfira bukanlah punca dia berpisah dengan bekas kekasihnya yang dikenali sebagai Izyan.

Dia berkata hubungannya dengan Izyan putus beberapa bulan sebelum mengenali pelakon drama “Biasan.”

Elfira berkata hubungan bersama Sufian yang mendapat restu ibu bapa antara penyebab mereka mahu melangkah ke fasa seterusnya.

“Selama ini saya tidak pernah berkenalan secara serius dengan seorang lelaki dan saya tidak pernah berkenalan dengan seorang lelaki yang direstui ibu bapa.

“Mulanya bila saya digosipkan dengan dia, saya tidak mahu kawan dengan dia tetapi bila ibu bapa saya merestui, saya pun mula berkawan.

“Tidak sangka pula dalam tempoh tiga bulan, kami boleh rapat,” katanya sambil mengukir senyuman.

 

Kredit :
– www.themalaymailonline.com

confess-ads

Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment