Jamal dan 9 yang lain kini disiasat atas rompakan berkumpulan

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

KUALA LUMPUR: Polis hari ini menahan Datuk Seri Jamal Md Yunos, selepas menerima beberapa laporan berhubung kecurian yang didakwa berlaku ketika ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu bersama sekumpulan belia menyerbu sebuah pusat perjudian, Disember lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata, Jamal ditahan tengah hari ini, manakala 9 yang lain ditahan malam tadi.

“Kami sedang siasat mereka untuk rompakan berkumpulan,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, ketua gerakan Baju Merah itu berkongsi gambar anggota polis berpakaian biasa menunggu di luar rumahnya.

Jamal mengetuai sekumpulan orang melakukan satu siri serbuan di pusat perjudian sekitar Selangor bagi membuktikan dakwaannya yang kerajaan negeri kurang melakukan penguatkuasaan ke atas premis perjudian haram.

Ini adalah kali ke-3 Jamal ditahan polis.

Beliau ditahan pada Oktober lalu susulan satu catatan di Facebook dan kali ke-2 pada bulan berikutnya, beberapa jam menjelang perhimpunan Bersih 5 yang diadakan pada 19 November lalu di Kuala Lumpur.

 

Sumber : 
– freemalaysiatoday.com


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment