Jadikan orang Sulu warga Malaysia, staf JPN dijel 156 tahun

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

MELAKA, 3 Mac — Pembantu tadbir di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dipenjara 156 tahun atas kesalahan menukar status 22 bangsa Sulu sebagai warganegara Malaysia.

Ahmad Zakri Raman, 31, mengaku bersalah menerima suapan daripada mereka melalui beberapa orang tengah dalam 17 transaksi berjumlah RM88,000, lapor Harian Metro.

Didakwa mengikut Seksyen 161 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Melaka semalam, kesalahan itu dilakukan antara 11 April 2015 hingga 27 Mac 2016 di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini.

Menangis apabila dijatuhkan hukuman tersebut, Ahmad Zakri juga dikenakan 15 pertuduhan menggodam sistem komputer JPN dengan menggunakan identiti orang lain untuk mengubah status 22 orang Sulu tersebut.

Dituduh bawah Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997, kesalahan itu dilakukan antara 18 Mac 2014 hingga 7 April 2016 di ibu pejabat JPN Melaka, Ayer Keroh.

“Pengakuan salah tertuduh menjimatkan masa dan kos mahkamah, tapi saya setuju dengan timbalan pendakwa raya bahawa isu membabitkan kewarganegaraan ini serius,” kata Hakim Ahmad Sazali Omar.

 

Sumber :
– www.themalaymailonline.com


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment