Insurans RM100 juta ditolak, lelaki bakar bank


Loading...

BATU PAHAT, 22 Julai — Seorang lelaki direman empat hari kerana didakwa membakar pintu sebuah bank selepas permohonan insurans RM100 juta ditolak.

Suspek, 29, yang pernah menerima rawatan sakit mental, ditahan sehingga Isnin ini susulan kejadian di Jalan Kundang, Bukit Pasar di sini, 10.45 malam kelmarin, lapor Kosmo!.

Ketua polis Batu Pahat ACP Abdul Wahib Musa berkata suspek kemudian melarikan diri selepas menyimbah petrol dan membakar pintu depan bank itu.

Suspek melarikan diri selepas menyimbah petrol dan membakar pintu depan bank. — Foto ihsan Facebook/Putera Karya

 

“Siasatan awal mendapati suspek bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan pegawai dan pihak bank yang menolak permohonan perlindungan insurans yang dibuat beberapa hari sebelum itu,” katanya.

“Menurut rekod suspek juga pernah menerima rawatan pesakit mental di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat.”

Difahamkan suspek, yang tidak bekerja, memohon insurans RM100 juta itu merangkumi perlindungan nyawa dan perubatan.

Kes disiasat bawah 436 Kanun Keseksaaan kerana melakukan khianat dengan api.

Sumber :
– www.themalaymailonline.com

confess-ads

Loading...

Related Posts

Add Comment

Shares