Inilah padahnya universiti yang sombong dan taknak bekerjasama dengan industri

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Isu baru masalah akademik di Malaysia dan di Dunia…yes, memang menjadi sebahagian dari masalah yang aku sedang hadapi dan cuba selesaikan sekarang especially dalam sektor kemahiran kat peringkat pengajian tinggi.

  1. Staff akademik tak cukup sebab cost, student makin berkurangan (sebab faktor ekonomi, scholarship dan pinjaman).
  2. Waktu bekerja staff akademik bertambah untuk subject makin bertambah, walaupun student 4-5 orang.
  3. Staff kelulusan sarjana dibayar tinggi dan tukar jadi kontrak, tiada yang tetap walaupun universiti awam dan swasta.
  4. Banyak universiti tengah tenat kewangan, staff VSS, MSS dan kontrak ditamatkan. Terbaru universiti sebelah Pertama Complex KL (dulunya famous di Jalan Raja laut dan Bangkok Bank) ditutup walaupun ada student.
  5. Bantuan kewangan dari kerajaan pada universiti awam akan dikurangkan secara berperingkat sehingga September. Selepas September, semua universiti awam kena berdikari cari student dan kena marketing sendiri. Kena ingat, student adalah pendapatan utama sesebuah pusat pengajian. 80-90% punca pendapatan.
  6. Ramai lepasan SPM lebih berminat mencari kerja dan kumpul duit dengan bisnes, instead belajar diploma atau degree. Sijil kemahiran tak affect, tapi akan beransur kesannya.
  7. Silibus pelajaran semakin tak menarik dan old-skool.
  8. Kursus yang ditawarkan untuk diploma dan degree adalah terkebelakang dan tak sealiran dengan kehendak industri semasa.
  9. Kemahiran dari guru maya (mobile, youtube dan e-book) semakin popular, fleksibel untuk ditelaah dan semakin mudah diakses secara online. Tak perlu ke kelas.
  10. Sistem 2 semester setahun di IPTA/IPTS bakal ditukar mengikut jejak IPTS yang kini sedang dan sudah menjalankan sistem 3 semester setahun. Masa pembelajaran dipendekkan dari 3 tahun ke 2 tahun, 4 tahun ke 3 tahun dan seterusnya. Tiada cuti berjemaah lagi macam dulu². Ini semua melibatkan kos dan profit sesebuah pusat pengajian. Lagi pendek masa, lagi untung dan kos tenaga pengajar dan operasi dapat dijimatkan, walaupun dengan harga yuran yang sama seperti sistem semester sebelum dipendekkan.

Cabaran baru untuk Industri Akademik, satu industri yang dianggap kebal setiap kali masalah ekonomi melanda di serata dunia. Bukan Malaysia je affected, seluruh dunia pun affected.

Yang berada di sekolah², jangan terasa selesa sangat. Satu hari nanti takda pelajar nak ke sekolah. Pelik? Karut? Hahaha..,apa yang pelik dan karut sekarang sedang berlaku di pusat pengajian tinggi. Benda yg tak disangka, sedang berlaku di mana-mana seluruh dunia.

Aku yang berada di industri dan academic ni memang dah lama nampak pattern perubahan ni bakal melanda academic sejak 2012 lagi. Memang betul, bahangnya sangat terasa sekarang ni. Transformasi content academic dan program offering yang baik je jalan penyelesaiannya.

UNIVERSITI YANG SOMBONG

Masih banyak universiti dan kolej yang masih sombong dan taknak bekerjasama dengan industri. Ada juga yang mengabaikan marketing dan target student dari sekolah². Kalau universiti nak intake pada tahun 2030, dorang kena cari student dari sekolah rendah darjah 1 sekarang, bukan saje kat sekolah menengah. Brand establishment dan content pelajaran kena tengok dari bakal student mereka di tadika lagi.

Jangan sibuk salahkan industri kalau graduan tak bekerja, cuba tenung balik…industri berubah setiap hari, setiap minggu, setiap bulan dan tahun…apa yang kau dah lakukan dalam perubahan dan transformasi di peringkat pembelajaran? Tak perlu salahkan MOHE, MOE atau menteri…tenung dalam diri yang berada dalam industri akademik, apa yang kau dah lakukan ? Cukup ? Masih mengajar benda yang sama berulang² bertahun² ? Renungkan…

Kalau anda terlibat dalam industri akademik, dan masih ‘selesa’ dengan cara dan kaedah lama, anda silap. Tiada jaminan goyang kaki untuk anda dalam cabaran baru ni.

Inilah realiti.

 

Kredit :
– Hafidz Moro


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment