“Ibubapa, remaja diberi kaunseling jika berbasikal selepas 12 malam” – MB Terengganu

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

KUALA NERUS, 26 Feb — Ibu bapa dan remaja di Terengganu akan dipanggil sesi kaunseling jika anak mereka didapati merayau berbasikal selepas tengah malam. Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata kaunseling itu dilaksanakan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), lapor Berita Harian.

Kerajaan negeri hari ini meminta polis dan penguatkuasa JHEAT mengambil tindakan pada remaja yang berbasikal tanpa tujuan selepas 12 tengah malam.

“Ada antara remaja berbasikal selepas jam 12 tengah malam memberi alasan bosan tinggal di rumah dan keluar tanpa pengetahuan ibu bapa.

“Remaja terbabit mengakui keluar melalui tingkap ketika ibu bapa dan ahli keluarga tidur,” katanya.

Cadangan mengawal remaja berbasikal pada lewat muncul susulan nahas yang mengorbankan lapan orang di Johor Baru pada 18 Februari lalu.

Dalam kejadian 3 pagi, sekumpulan remaja dirempuh kereta, sehingga menyebabkan lapan lagi mengalami kecederaan, termasuk dua serius.

Kumpulan remaja itu sedang berbasikal menuju ke Dataran Bandaraya Johor Baru sehingga menghalang jalan.

 

Sumber :
– www.themalaymailonline.com


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment