Ibubapa akan dipenjara biarkan anak bawah 18 tahun berkeliaran di Johor, benarkah ?

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

BENARKAH ATAU IA SEKADAR CADANGAN ?

Setelah tular kes 8 remaja nahas basikal yang dirempuh oleh seorang wanita jam 3 pagi, kami di MyNewsViral sering melihat news feed di Facebook pada ketika ini kerap memaparkan berita berkaitan tragedi menyanyat hati ini. Dan semalam, kami melihat sebuah status yang ditulis di Facebook “Gabungan BERSATU JOHOR” yang memuatkan status mengenai arahan atau titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar (Sultan Johor) mengenai penguatkuasaan undang-undang baharu seperti mana yang kami lampirkan di bawah ini.

Status tersebut pada ketika itu telah tersebar sebanyak 2,158 perkongsian dan telah tular ke serata pengguna Facebook terutama bagi rakyat Johor dan durasi jarak masa ketika artikel ini dibuat ialah selama 3 jam. Kami mengambil inisiatif untuk siarkan ke dalam blog kerana sememangnya blog ini memaparkan isu-isu semasa yang berlegar pada masyarakat setempat atau di Media Sosial.

Pun begitu oleh kerana status ini asalnya datang dari sumber yang lain, kami di MyNewsViral ingin membuat PENAFIAN iaitu TIDAK BERTANGGUNGJAWAB di atas kebenaran titah sultan ini. Notis pendek dalam bentuk arahan ini hanya kami kemaskini di blog selepas 3 jam diviralkan di Facebook oleh pihak-pihak lain seperti dalam screenshot yang kami lampirkan di bawah (sebagai bukti).

Jika arahan ini palsu, pihak kami akan siarkan pembetulannya pada artikel di halaman post yang lain dan jika perlu dalam tempoh tertentu kami akan padamkan post ini.

Harap maklum.

 

KEMASKINI ARTIKEL BERKAITAN : “Arahan tersebut palsu dan bukan datang dari Istana” – DYMM Sultan Ibrahim

 

ARAHAN TERBARU SULTAN JOHOR BERIKUTAN TRAGEDI YANG MENIMPA 8 ORANG BUDAK BERBASIKAL

Berkuatkuasa serta-merta, selepas jam 10 malam, kanak-kanak di bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan berkeliaran tanpa pengawasan orang dewasa.

Sekiranya didapati berlaku, kanak-kanak tersebut dan ibubapanya akan menjalani sesi kaunseling selama 2 bulan tanpa kompromi dan ibubapa mungkin dipenjarakan @ saman RM5000 kerana gagal mengawal tingkahlaku anak masing-masing.

Pihak polis akan mengambil tindakan tegas kepada ibubapa yang ingkar dengan arahan ini.

KEMASKINI ARTIKEL BERKAITAN : “Arahan tersebut palsu dan bukan datang dari Istana” – DYMM Sultan Ibrahim

 

Sumber :
Gabungan BERSATU JOHOR
– Abdullah Mohd Yunos
– AB Baker Iskander

 

PENAFIAN : Pihak admin blog MyNewsViral TIDAK BERTANGGUNGJAWAB di atas kebenaran titah sultan ini. Notis pendek dalam bentuk arahan ini hanya kami kemaskini di blog selepas 3 jam diviralkan di Facebook oleh pihak-pihak lain seperti dalam screenshot yang kami lampirkan di atas (sebagai bukti).

Jika arahan ini palsu, pihak kami akan siarkan pembetulannya pada artikel di halaman post yang lain dan jika perlu dalam tempoh tertentu kami akan padamkan post ini.

Harap maklum.


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

One Response

Add Comment