Hijabista terkenal, Shea Rasol meninggal dunia


Loading...

SEBUT sahaja nama Shea Rasol, mungkin ada sesetengah netizen yang tidak begitu mengenalinya.

Namun, bagi peminat fesyen Muslimah, gadis ini merupakan idola terkenal yang sentiasa memberi inspirasi kepada wanita-wanita berhijab yang lain.

Salam everyone.. as you might’ve seen from my recent posts, i’ve been quite sick for the past couple of months, yeah? Today, i would like to sincerely ask for your forgiveness if i have in any sort of way wronged you in real life or online. Be it through my speeches or actions. . I have some bad news to tell you that might shock you in some way. Cause it honestly did me. I just have been diagnosed with cancer. I will not go into detail about the conditions yet, but let’s hope for the best shall we? 🙂 . Today marks the day I turn 29, and to be receiving such a ‘gift’ from the Almighty is truly something I would never take for granted. He is truly and undoubtedly the best planner there ever is, so I have huge faith in this test bestowed upon me and my family. . “In trusting Allah, remember what’s best for you might be what’s most painful.” – Omar Suleiman . I’ve poured more on [myamethyst-shea.com]❤️ #sheabeatscancer

A post shared by Shea Rasol (My Amethyst) 🇲🇾 (@shearasol) on

 

Bagaimanapun, semalam media sosial tanah air menerima khabar sedih apabila Shea, 29, dilaporkan telah meninggal dunia, pada petang Jumaat, akibat kanser.

Difahamkan, Shea yang merupakan penulis blog dan pengacara program SIS baharu sahaja mengetahui penyakit yang dialami.

Jenazah Allahyarhamah telah disembahyangkan di  Masjid Al-Mustaqim, Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor kira-kira jam pukul 9 pagi Sabtu, dan akan dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan.

Berita pemergian Allahyarhamah turut ditangisi ramai rakannya yang merupakan selebriti dan instafamous terkenal termasuk Heliza Helmi, Yuna, Farah Lee, Dena Bahrin, Irine Nadia, Zafirah, Dian Pelangi dan ramai lagi.

Mereka turut mengucapkan takziah menerusi posting laman Instagram masing-masing sehingga berita tersebut menjadi tular dalam kalangan netizen tempatan.

Semoga Allahyarhamah atau nama sebenarnya, Farah Syahirah Rasol ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

 

Sumber :
– www.mynewshub.cc

confess-ads

Loading...

Related Posts

Add Comment

Shares