Hidang telur penyu, menteri saman akhbar RM10 juta

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

KUALA LUMPUR, 6 Julai ― Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyaman RM10 juta penerbit akhbar Daily Express dan pengarangnya James Sarda. Akhbar itu menerbitkan tiga tulisan yang didakwa “fitnah” berhubung isu hidangan telur penyu di Sabah tahun lalu, lapor Utusan Online.

Selaku plaintif, menteri itu menamakan Sabah Publishing House Sdn Bhd dan Sarda selaku defenden.

Ismail Sabri, menteri kemajuan luar bandar dan wilayah, menfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi di sini 30 Mac lalu.

Beliau menyatakan artikel “Minister and Sabah YB have yet to comply: Dept” bersama gambarnya, disiarkan akhbar itu pada 24 Januari, sebagai “niat jahat.”

Dua lagi artikel, “Beluran turtle eggs: Findings left to the AG” (3 September) dan “Explain ‘turtle egg’ confusion first, Lim tells Minister” (6 September).

Dakwanya, laporan itu “sengaja direka” bagi mencemarkan reputasi dan mempersenda kedudukannya sebagai menteri, ahli parlimen dan ahli politik.

Tuntutan ganti rugi RM10 juta itu melibatkan ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan serta perintah injunksi.

 

Sumber :
– www.themalaymailonline.com

confess-ads

Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment