“Henti rampas berus bulu babi, elak pecah belah rakyat” – Menteri

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

KUALA LUMPUR: Menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan mengarahkan operasi merampas berus cat disyaki menggunakan bulu babi dihentikan segera, bagi mengelakkan sensitiviti agama dan memastikan keharmonian kaum terpelihara.

“Semalam, lepas mesyuarat Kabinet, saya ada maklum kepada pegawai saya yang diketuai pengarah penguat kuasa KPDNKK, Roslan Mahayudin supaya henti buat serbuan.

“Sepatutnya, ia dilakukan dengan cara lebih berhemah dan kita tidak mahu isu ini terus menjadi polemik sehingga boleh memecahbelahkan rakyat negara ini dan ingin memastikan keharmonian kaum.

“Saya cuma nak beritahu pegawai janganlah buat rampasan seolah-olah ada masalah besar dan negara,” kata Datuk Seri Hamzah Zainudin pada sidang media khas hari ini.

Ahad lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dilaporkan akan memeriksa semua premis menjual perkakasan binaan dan pasar raya di seluruh negara bagi mengesan berus cat bulu babi yang dijual di pasaran.

Ia susulan penemuan Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia (IPPH-UPM) yang mendapati sampel berus cat dihantar untuk ujian makmal disahkan diperbuat daripada bulu babi.

Ekoran itu, KPDNKK dengan kerjasama jabatan agama negeri melakukan pemeriksaan mengejut dan merampas berus cat disyaki diperbuat daripada bulu babi, selain menggunakan logo dan sijil halal palsu.

Hamzah berkata, semua pembekal dan peniaga perlu melabelkan produk bukan makanan, sama ada ia mengandungi DNA babi atau sebaliknya untuk memudahkan pengguna membuat pilihan, sejajar Perintah Perihal Dagangan (Barang-barang Diperbuat Daripada Mana-mana Bahagian Babi atau Anjing) 2013.

“Sepatutnya, peniaga mempunyai etika untuk memberitahu pembeli sama ada barang itu daripada binatang atau sebaliknya, dan pada masa sama saya nak ingatkan semua pengguna dah tahu isu ini berbangkit, mereka perlu tanya peniaga kalau tidak pasti kandungan sesuatu barang itu.”

Beliau turut menempelak pihak yang menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) atas isu itu.

“Saya tahu ada kumpulan yang hanya melihat inilah masa mereka hendak memecahbelahkan kita, mereka akan menggunakan isu ini dan cakap ini masalah kerajaan BN. Kita juga minta semua media lepas ini kalau isu sensitif, jumpa menteri dulu,” katanya.

 

Sumber :_
– freemalaysiatoday.com


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment