Guru tendang murid hingga sesak nafas hanya buang sampah celah tingkap

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

KUALA NERANG, 22 Feb ― Seorang pelajar mendakwa ditendang gurunya di bahagian dada hingga sesak nafas akibat membuang sampah makanan melalui celah cermin tingkap.

Pelajar tingkatan lima itu juga mengalami lebam di kaki akibat tendangan guru tersebut, selain dipaksa mengambil sampah bungkusan nasi dengan mulut, lapor Sinar Harian.

“Tendangan itu menyebabkan saya sukar bernafas dan saya memohon kepada guru kelas untuk pulang kerana kesakitan,” katanya, yang mendakwa ditendang beberapa kali.

“Saya minta seorang rakan hantar saya pulang dan maklumkan kepada ibu bapa. Bila pulang saya dapati kaki kanan saya lebam dan dada pula sakit hingga sukar bernafas.”

Setelah sampai ke rumah, bapa pelajar itu membawanya ke Hospital Kuala Nerang untuk rawatan susulan tetapi “tiada kecederaan serius”.

Kejadian itu, di sebuah sekolah menengah di sini  pagi kelmarin, juga diadukan kepada polis.

 

Sumber :
– www.themalaymailonline.com


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment