Guru ikat murid koyak kertas

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

SURIN – THAILAND. Dua guru tergamak mengikat tangan dan menutup mata dua kanak-kanak perempuan lima tahun dengan pita pelekat di sebuah sekolah di bandar itu.

Memetik laporan Metro.co.uk, tindakan itu dibuat sebagai hukuman terhadap kenakalan kanak-kanak itu yang mengoyakkan kertas.

Seorang lagi guru kemudiannya merakamkan foto kanak-kanak itu untuk ditunjukkan kepada ibu bapa dua kanak-kanak terbabit.

Tidak puas hati dengan tindakan guru-guru tersebut, ibu bapa dua kanak-kanak berkenaan cuba berdepan dengan guru besar sekolah itu bagi mendapatkan penjelasan.

Bagaimanapun jawapan yang diterima agak mengecewakan apabila guru besar telah mempertahankan tindakan kedua guru tersebut, dengan mengatakan hukuman itu dibuat dengan tujuan untuk mengajar kanak-kanak itu untuk memberi tumpuan dalam kelas.

Gambar tersebut kemudiannya tular di media sosial sehingga mendapat perhatian pihak berkuasa Thailand.

Polis yang menyiasat kes tersebut kemudiannya mengenakan denda sebanyak £915 (RM5,062) sebagai denda.-Sinarkoy

 

Sumber :
– www.suara.tv


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

No Responses

Add Comment