‘GST lebih telus tapi SST kurang susahkan rakyat’

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengakui bahawa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang merupakan antara penyebab BN kehilangan kuasa, merupakan cukai yang lebih “telus” berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

“Kita tidak nafikan hakikat GST lebih telus sebab ia boleh kutip cukai dengan lebih meluas, jadi kesannya terhadap rakyat juga lebih meluas.

“Walaupun GST tidak setelus GST, namun kesannya terhadap rakyat, terutamanya pengguna akhir, lebih kurang.

“Kita juga tidak nafikan SST akan beri kesan kepada rakyat. Kita tidak seperti BN yang mendakwa GST akan menurunkan harga barang,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Namun, jelas Lim, kepayahan rakyat di bawah SST hanya separuh jika dibandingkan ketika di bawah GST.

Ini kerana katanya, kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) menjangka untuk mengutip RM21 bilion daripada SST berbanding RM44 bilion yang dikutip di bawah GST ketika pentadbiran BN.

“HARAPAN mengutip RM23 bilion lebih kurang. Ini merupakan hadiah kerajaan kepada rakyat,” katanya.

 

Sumber :
– https://www.malaysiakini.com/news/434913


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !
Tags: ,

Related Posts

Add Comment