“Gila meroyan dan kemurungan memang wujud selepas bersalin !” Dr Afiq Rahim

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

GILA MEROYAN: PENYAKIT KEMURUNGAN SELEPAS BERSALIN

Seluruh negara terkejut dengan kejadian di Kota Bharu apabila seorang ibu sanggup mengelar anak sendiri sehingga mati. Bagaimana seorang ibu tergamak membunuh anak sendiri ? Pelbagai persoalan timbul. Namun perkara ini tidak mustahil. Ibu tersebut dilaporkan sedang meracau semasa ditahan. Suaminya juga melaporkan isterinya mendengar bisikan halus beberapa hari sebelum kejadian.

APA ITU GILA MEROYAN / POSTPARTUM PSYCHOSIS ?

Para ibu selepas bersalin berisiko tinggi mengalami kemurungan teruk dalam tempoh 42 hari selepas kelahiran anak. Ia disebabkan perubahan hormon, masalah psikologi selepas bersalin dan pelbagai faktor lain yang mengundang stress/gangguan emosi kepada isteri.

Selepas bersalin, para ibu kehilangan banyak tenaga dan berada pada keadan mental & fizikal yang LEMAH. Perkara ini menyebabkan mereka mudah mengalami kemurungan sehingga pada satu tahap kritikal, si ibu berisiko mencederakan diri sendiri atau orang lain dan kanak-kanak adalah mangsa paling mudah dicederakan. Oleh itu, pengesanan awal amat penting bagi mengelakkan kejadian buruk ini.

Antara tanda-tandanya adalah :

  • Bercakap seorang diri
  • Berhalusinasi
  • Berfikir hal tidak rasional
  • Was-was
  • Keliru
  • Gagal menjalankan tanggungjawab
  • Tiada minat untuk melakukan apa-apa
  • Acap menangis
  • Sering mengadu
  • Dan pelbagai lagi masalah.

Antara komplikasi jika tidak segera dikawal adalah bertindak ganas seperti kes ini dan berisiko mendapat penyakit sakit jiwa yang lain seperti depresi. Anggota keluarga terutama SUAMI yang merasakan perubahan pada isteri, WAJIB merujuk perkara berkenaan segera kepada pihak kesihatan. Ini bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

RAWATAN GILA MEROYAN

Antara rawatan kepada para ibu ini yang paling utama adalah sokongan padu kepada mereka. Sokongan moral, emosi dan fizikal amat dibutuhkan oleh para ibu selepas bersalin. Kemudian para ibu juga perlulah sentiasa berdamping dengan zikrullah, bacaan doa serta menambah ilmu agama di saat diri tidak boleh solat. Jangan jadikan berpantang alasan untuk lalai kepada Tuhan. Kelak syaitan yang akan mengggangu nanti.

Cara lain adalah kaunseling dan ubat-ubatan jika masalah serius. Ingat, kemurungan selepas bersalin boleh dielakkan. Jika anda melihat ada tanda-tanda tersebut pada seorang ibu selepas bersalin, maklumkan segera kepada pihak kesihatan. Dan wahai para suami, jangan abaikan tanggungjawab anda (ini adalah saranan umum dan tidak merujuk suami mangsa)

Isteri anda memerlukan pertolongan berterusan anda dalam menguruskan rumah tangga. Sama-samalah harungi bahtera rumahtangga.

 

JANGAN BUAT BODOH

“Lama dah dia kata dia dengar bisikan suara suruh bunuh anaknya yang baru berusia 40 hari tu. Lagipun dia tinggal di blok yang sebelum ini terbiar dan sunyi.”

Yang takde latar belakang perubatan, mesti akan terlintas gambaran hantukan ? Lagipun, akhbar pun bagi hint blok itu sebelum ini terbiar dan sunyi. Tolonglah. Kalau ada kenalan yang mengadu sebegini, bawalah ke hospital untuk penilaian. Kalau lambat, ada nyawa yang mungkin melayang !

Apa sebenarnya yang mungkin terjadi ?

Dengan hint di dada akhbar yang cukup terhad, ini adalah gambaran yang mungkin terjadi, namun tidak semestinya tepat. Jika mahu yang tepat, perlu tunggu laporan bedah siasat mangsa dan penilaian perubatan suspek serta siasatan polis.

Bisikan. Dalam psikiatri, ia dinamakan sebagai “auditory hallucination” iaitu ‘mendengar’ suara yang bukan realiti sama ada satu suara bercakap sendiri, atau 2 suara bercakap sesama sendiri, atau suara yang menyuruh pesakit berbuat sesuatu. Contohnya, dalam kes ini, suara itu menyuruh untuk bunuh anak sendiri.

Pada mulanya, pesakit mungkin boleh tolerate dan abaikan bisikan tersebut. Namun, lama kelamaan, ia akan membarah dan semangat punah ranah.

(Analogi : Pembohongan sama yang dihebahkan setiap hari, lama-lama akan dianggap sebagai kebenaran. Begitu juga bab bisikan ini, mula-mula memang dianggap khayalan semata-mata, tapi lama-lama pesakit akan ikut jua.)

Beberapa minggu selepas bersalin, sebahagian wanita berisiko untuk mendapat masalah postpartum psychosis, postpartum depression dan Baby Blues.

Postpartum psychosis, kadangkala disebut meroyan. Antara simptomnya ialah hallucination contohnya auditory (telah dibincangankan) dan visual (terlihat sesuatu yang bukan realiti). Ada juga yang mungkin bersikap paranoid dan berubah karakter.

Apa yang masyarakat perlu tahu ?

  1. Wanita bersalin tidak sepatutnya ditinggalkan bersendirian
  2. Izinkan jururawat yang datang untuk lawatan rumah masuk dan periksa anak serta ibu
  3. Hadir temujanji ke klinik kesihatan atau hospital, jika ada
  4. Makan ubat yang diberi, jika ada
  5. Ambil berat isu meroyan dan bagi sokongan

Nombor 5. Jika ada wanita selepas bersalin yang mengadu mengalami hallucination contohnya terdengar bisikan, nampak bayangan atau rasa disentuh atau dipegang sesuatu yang tak nampak, jangan buat bodoh atau bawa jumpa bomoh. Terus nasihatkan untuk ke hospital bagi penilaian perubatan terlebih dahulu. Guna segala skil negosiasi yang ada untuk pujuk mereka.

Katakan kepada mereka, “Awak bukan gila. Ini bukan salah awak. Ia cuma masalah hormon yang tidak stabil selepas bersalin. Awak tidak berseorangan. Jom pergi hospital untuk penilaian dan rawatan. Saya buat semua ini sebab saya sayang awak.”

Sweet, kan?

 

KENAPA SAMPAI KOMEN NEGATIF ?

Scroll-scroll fb terbaca kes seorang ibu kelar bayi nya sendiri. Baca comment…Astaghfirullahalazim,sedih sangat. Baik lelaki, perempuan ada yang comment negatif tanpa memikirkan apa sebab jadi macam tu ? Mesti ada puncanya…

Kamu lelaki tak merasa tau nikmat mengandung, bersalin, menyusukan anak. Kamu lelaki tak merasa sakitnya, letihnya badan bawak perut selama 9 bulan ke hulur hilir. Kamu lelaki tak merasa sakitnya kaki bengkak sampai nak pijak lantai pun takut. Kamu lelaki tak merasa malam susah nak tidur sebab pinggang sakit, perut tiba-tiba mengeras. Kamu lelaki tak merasa macam mana sakitnya contraction dan nak push baby keluar. Kamu tak merasa pedihnya dijahit dibahagian sensitive. Kamu lelaki tak merasa sakitnya bengkak susu semasa berpantang. Kamu tak merasa seksanya badan masa berpantang !

Senang-senang comment “kalau ada iman tak jadi gini”.

Kamu tuhan ke tau tahap iman seseorang ?

Perempuan mengandung sehingga bersalin emosinya memang sukar dijangka. Sensitif. Tiba-tiba je boleh nangis sebab tak tahan sakit badan. Apabila sedang berpantang, jaga la kata-kata yang keluar dari mulut kita bila berhadapan dengan ibu berpantang. Suami WAJIB beri perhatian kepada isteri. Banyak kes si suami kurang perhatian kepada isteri berpantang. Ada pulak yang memaksa ajak bersama sebelum habis pantang. Dalaman ibu berpantang tak sihat lagi, dah digasak bersama. Gila ! Ada pulak yang cakap isteri lembik sangat, orang lain ok je. Jangan tengok orang lain, orang lain mungkin dijaga oleh ibunya 100% semasa pantang. Terurus dan terjaga. Semua complete…

Tapi isteri kamu ?

Yang perempuan tak berumahtangga lagi, belum merasa bersalin dan berpantang. Jangan la nak comment seolah-olah kamu tau sakitnya apa yang kami rasa. Semua tu boleh berbalik kepada kamu nanti !

PPD ialah post partum depression. Istilah melayu meroyan. Macam-macam jenis meroyan ada. Panjang kalau nak dicerita. Apa yang saya boleh huraikan lebih-lebih lagi suami, jangan ambil mudah isteri selepas bersalin dan sedang berpantang, kamu mesti sentiasa berkomunikasi dengan isteri…Ok tak dia ? Ada sakit mana-mana bahagian ? Penat ke ? Ingatkan dia jangan banyak fikir. Tengokkan anak yang baru lahir je. Suami tolong la apa yang patut di rumah kalau ada anak kecil lain. Tak sempurna kerja rumah macam isteri buat, tak apa la. Yang penting jangan la sampai macam tongkang pecah.

Allah…mudahnya berkata-kata, pada hal tak berada ditempat ibu tersebut.


Sila SHARE. Jangan lupa tag suami/isteri anda. Semoga bermanfaat buat orang lain.

 

Kredit :
– Dr Afiq Rahim / DAR
– Mohd Fadhli Mohd Fauzi
– Aisy Rose


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment