Gara-gara kata Lara Alana membesar iras sindrom down, wanita dikecam sampai tutup akaun facebook


Loading...

Sebut sahaja Lara Alana pasti ramai yang mengenali susuk tubuh cilik ini yang merupakan anak kepada pasangan artis popular Malaysia, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya.

Lara memiliki pengikut yang ramai di akaun instagramnya sendiri kerana keletahnya yang comel dan  mencuit hati peminat.

22 Julai yang lalu, Awal Ashaari dan isterinya, Scha Al-Yahya telah mengadakan majlis sambutan hari lahir anak sulung mereka yang ke- 3 tahun. Terdapat banyak gambar gambar sewaktu majlis yang dimuat naik di media sosial.

Ramai peminat mengucapkan hari lahir buat Lara Alana dan tidak ketinggalan juga page RotiKaya yang memuatnaik gambar Lara dengan ucapan Selamat Hari Lahir Alana sehingga menyebabkan satu isu panas apabila terdapat netizen yang memberi komen yang menyakitkan hati.

“Makin besar makin iras budak syndrome down..”

Komen kurang enak dibaca yang ditinggakan oleh pemilik akaun wanita itu mendapat kecaman dari netizen lain. Hal ini kerana Lara Alana bukanlah seperti apa yang dikatakan kerana si cilik itu adalah kanak-kanak normal.

Meskipun pada akhir komennya, wanita ini berkata bahawa anak seperti ini jaminan syurga, dia tetap menerima kecaman dari peminat yang marah hingga membuatkan dia menutup akaun facebook miliknya.

Sumber – Babab.Net

confess-ads

Loading...

Related Posts

Add Comment

Shares