Farid Kamil sah positif dadah jenis ganja

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

POLIS mengesahkan pelakon dan pengarah bergelar Datuk yang ditahan selepas dipercayai mengamuk, menampar anggota polis trafik dan menendang orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara, 1.20 tengah hari, hari ini positif dadah.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, ujian air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis ganja.

“Saya mengesahkan pelakon berkenaan positif dadah jenis ganja.

“Polis akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek esok,” katanya.

Portal Harian Metro hari ini melaporkan pelakon berusia 37 tahun itu secara tiba-tiba menampar anggota polis yang bertugas di kaunter Balai Trafik Kota Damansara.

Selain menampar polis dia turut menendang dua orang awam di dalam balai berkenaan.

Siasatan awal mendapati suspek datang ke balai bersama seorang rakan untuk membuat laporan polis kes kemalangan jalan raya, namun apabila anggota trafik bertanya laporan yang ingin dibuat, suspek menunjukkan mesej aplikasi whatsapp 300 artis hutang ah long.

Susulan itu, pelakon dan pengarah itu ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mencederakan.


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !
Tags:

Related Posts

Add Comment