Empat negara Arab tuduh Yusuf al-Qaradawi pengganas

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

DOHA, 9 Jun — Ulama tersohor Dr Yusuf Al-Qaradawi disenaraikan sebagai seorang pengganas oleh beberapa negara Islam utama di Timur Tengah.

Seramai 59 individu dan 12 organisasi di Qatar, atau dibiayai negara itu, dituduh terlibat dalam keganasan oleh empat negara penentang Qatar.

Menurut Al Jazeera, senarai itu diumumkan dalam kenyataan bersama Arab  Saudi, Mesir, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam.

Seramai 18 warga Qatar turut tersenarai, termasuk ahli keluarga pemerintah negara, ahli politik dan ahli perniagaan.

Awal minggu ini, empat negara itu memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar yang didakwa membiayai kegiatan terorisme.

Yaman, Libya dan Maldives turut menyertai gerakan yang dikepalai Arab Saudi.

Namun, Turki sedia menjadi orang tengah, sementara Iran ingin membantu Qatar mendapatkan makanan.

Mengulas tekanan itu, menteri luar Qatar berkata negaranya tidak akan tunduk pada tekanan negara-negara itu.

“Kami tidak rela menyerah, dan kami tidak akan menyerah, kedaulatan dasar luar kami,” kata Sheikh Mohammed Abdulrahman Al Thani seperti dilapor.

Yusuf, seorang ahli akademik dan pengarang kitab, seorang tokoh Ikhwan Muslimin yang berpengaruh di seluruh dunia Islam, termasuk Malaysia.

Berasal dari Mesir, beliau yang menetap di Qatar antara tokoh yang menyokong usaha menggulingkan regim Hosni Mubarak pada 2011.

 

Sumber :
www.themalaymailonline.com


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !
   

Related Posts

Add Comment