Elak babak gay ditapis, Walt Disney tarik balik tayangan di Malaysia

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

NEW YORK – Syarikat penerbit filem Hollywood, Walt Disney tidak membenarkan penapisan pada tahap minimum terhadap filem Beauty And The Beast di Malaysia. Susulan tindakan itu, Disney menarik balik filem itu daripada ditayangkan di semua pawagam di negara ini.

Walt Disney membuat keputusan itu dan tidak sanggup membenarkan adegan ‘gay’ ditapis seperti yang dikehendaki Lembaga Penapis Filem Malaysia (LPFM).

“Filem itu tidak akan ditapis semata-mata untuk ditayangkan di Malaysia,” beritahu wakil Disney seperti laporan Independent.co.uk.

Rantaian pawagam terbesar Malaysia Golden Screen Cinemas (GSC) Isnin lalu telah diarahkan oleh Disney untuk menangguhkan tayangan filem tersebut.

Filem yang dinanti-nantikan masyarakat semua peringkat umur di negara ini secara asasnya ditapis secara minimum oleh LPFM.

Pengerusi LPFM, Datuk Abdul Halim Abdul Hamid memberitahu Associated Press;”Kita telah meluluskan filem itu tetapi dengan penapisan minimum membabitkan adegan gay.

“Ia sangat pendek tetapi tidak sesuai kerana ramai kanak-kanak akan menonton filem itu nanti,” katanya.

Sementara itu, Persatuan Motion Pictures Amerika Syarikat memberitahu, Malaysia bukan antara 20 pasaran filem terbesar dunia dan Disney tidak sanggup membenarkan filemnya ditayangkan dengan penapisan walaupun pada tahap sangat minimum.

Di Rusia, penapisan sepenuhnya terhadap filem itu diluluskan tetapi hanya membenarkan penonton berusia 16 tahun dan ke atas sahaja.

Beauty And The Beast akan ditayangkan di United Kingdom pada 17 Mac ini.

 

Sumber :
– www.suara.tv


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment