Sakit ekzema tapi masih dapat 9A

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

KOTA BHARU – “Untuk berjaya, saya akui bukan mudah kerana saya adalah penghidap penyakit kulit ‘ekzema’, namun saya tempuhi cabaran untuk peroleh kejayaan dalam peperiksaan,” kata calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Siti Aisyah Yahya, 18.

Siti Aisyah adalah anak pemandu syarikat penghantaran dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Melor, di sini berjaya mendapat 9A dalam keputusan SPM 2016.

Mengambil 11 subjek dan memperoleh gred A- dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris (B+), Sejarah (A), Matematik (A+), Bahasa Arab (A-),  Matematik Tambahan (A-) , Fizik (A-), Kimia (B+), Biologi (A-), Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah (A-) dan Pendidikan Syariah (A), Siti Aisyah menjadi antara pelajar terbaik di negeri ini.

“Mengalami penyakit ini, kulit saya menjadi gatal, malah saya juga alami masalah sukar hendak tidur, sekali gus saya tidak mendapat tidur yang cukup.

“Bagaimanapun, semua itu bukan alasan untuk mengabaikan pelajaran kerana di sekolah ini saya tinggal di asrama dan jadual kami diisi dengan kelas tambahan sehingga pukul 10 malam setiap hari,” katanya yang bercita-cita mahu menjadi guru.

Siti Aisyah berkata, dia sedar dirinya bukan berasal dari keluarga senang, dia juga menguatkan tekad mahu mengikut jejak langkah kakak sulung, Siti Athirah, yang kini menyambung pengajian di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Sementara itu, ibunya, Rohana Nawi, 51, yang bekerja sebagai Pembantu Operasi Sekolah Kebangsaan (SK) Melor berkata, dia dan suami, Yahya Yaacob, 52, hanya mampu membekalkan ilmu untuk masa hadapan anak-anak.

“Kak Chik (Siti Aisyah) adalah anak ketiga daripada tujuh beradik dan saya bangga kerana dia memanfaatkan nasihat untuk menjadi seorang yang berilmu,” katanya yang berhasrat mahu melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya (UM) nanti.

 

Sumber :
– www.sinarharian.com.my


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !
Tags: ,

Related Posts

Add Comment