Digigit serangga ketika bercuti di Turki, rakyat Malaysia ini meninggal dunia

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Percutian di Turki bertukar tragedi apabila seorang rakyat Malaysia meninggal dunia kerana digigit serangga ketika menaiki belon udara panas di Cappadocia. Mangsa tersebut adalah arwah Noor Azmeera Binti Sahudin yang mengikuti pakej pelancongan di Turki bermula 16 sehingga 24 September bersama keluarganya.

Menurut Pengarah Syarikat IBC Tours Corporation Sdn Bhd Mohammad Rizal Narusuddin, ketika menaiki belon udara panas, mangsa dipercayai digigit sesuatu di bahagian kaki, sama ada labah-labah atau serangga.

Mangsa mengadu mengalami gatal-gatal. Selepas 3 hari, mangsa mengadu mengalami kesakitan di bahagian kaki. Ketua pelancong membuat keputusan untuk membuat pemerikasaan di sebuah hospital di Bursa.

Keadaan makin teruk apabila mangsa mengadu yang sakit yang dihadapinya melarat ke bahagian pinggang. Mangsa kemudiannya dihantar terus ke Hospital Besar Istanbul.

Dokto mengesahkan mangsa digigit sesuatu dan racun merebak ke bahagian pinggang. Pihak IBC Tours menerima panggilan pada jam 9 malam 24 September 2017 bahawa mangsa sudah meninggal dunia.

“Kami mengambil tanggungjawab dan menghubungi syarikat insurans mangsa untuk menguruskan jenazah supaya dibawa pulang ke Malaysia, namun keluarga mangsa mahu arwah dikebumikan di Turki”

Berikut kenyataan dari Pengarah Syarikat IBC Tours Corporation Sdn Bhd Mohammad Rizal Narusuddin.

Tambah beliau, sehingga kini mereka belum mendapat laporan perubatan lengkap berhubung punca kematian, cuma doktor yang merawat mangsa, mengesahkan mangsa terkena gigitan.

Katanya, IBC Tours menguruskan kepulangan keluarga sebaik urusan pengkebumian jenazah selesai di Turki.

Kita harap keluarga mangsa tabah dan dipermudahkan segala urusan.

 

Sumber :
– semuanyaviral.com


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment