Depan SPRM jadi hero lawan rasuah, depan penguatkuasa jadi ‘tikus’

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

KUALA LUMPUR – Mereka yang menjadi hero mengkritik segala usaha dan inisiatif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dicabar supaya berani tampil ke hadapan laporkan mengenai sebarang perlakuan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Zulkifli Ahmad berkata, pihak yang kuat mengkritik di depan muka SPRM sebenarnya menjadi ‘tikus’ dan tidak berani berdepan senario yang sama ketika ditahan penguatkuasa kerana menjadi sebahagian daripada penyumbang perlakuan rasuah.
“Di luar sana  jadi hero lantang bersuara tentang cegah rasuah dan salah guna kuasa selain mengkritik usaha SPRM, tetapi apabila sendiri berdepan pengautkuasa atas jalan kamu jadi sebahagian daripada pelaku rasuah.
“Kalau berani kenapa tidak mahu meminta penguatkuasa itu menyaman dan heret ke mahkamah jika didakwa bersalah melanggar undang-undang (mengikut penguatkuasa).
“Anda sebagai rakyat ambil maklumat penguatkuasa itu serta kejadian seumpama dan salurkan kepada kami untuk tindakan segera,” kata beliau semasa berucap di Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh Pemimpin Persatuan Graduan Muda diwakili Presidennya Lee Seang Hock di Ibu pejabat SPRM hari ini.
Katanya, kerajaan telah melaksanakan pelbagai dasar yang terbaik untuk manfaat rakyat jelata cuma akibat perbuatan penggubal dan pelaksana yang gagal mengakibatkan limpahannya tidak terkesan kepada rakyat sepenuhnya.
Beliau juga mengakui kekangan kekuatan anggotanya yang hanya sekitar 2,100 orang untuk memantau 3 juta penjawat awam termasuk 1.4 kakitangan dan pegawai Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
Seramai 32 wakil dan pemimpin Persatuan Mahasiswa Tiong Hoa dari seluruh negara yang bergabung dengan Persatuan Graduan Muda turut tampil berikrar sebagai menyatakan komitmen mereka untuk bersama SPRM meuar-uarkan slogan Jalan Hulur, ‘Jangan Kautim dan Jangan Settle’ dan Gerakan Revolusi Anti Rasuah yang dilancarkan SPRM tahun ini.
Beliau bangga dan memuji Persatuan Graduan dan 32 wakil dibawahnya yang mengambil kesungguhan tampil sendiri menandatangani IBR dengan SPRM.
“Ini peristiwa bersejarah yang mana kali pertama sebuah persatuan mahasiswa tampil ke SPRM dan menandatangani IBR sebagai menyokong dan memerangi rasuah dan salah guna kuasa untuk membentuk negara bersih tanpa rasuah menjelang Transformasi Nasional 2050.
“Lebih ramai perlu tampil sedemikian kerana Graduan Muda hari ini yang lebih idealisme akan memimpin negara ini pada 2050 nanti,” ujarnya.
Dalam perkembangan yang sama, pihaknya sedang bercadang untuk menyebarkan Gerakan Revolusi Anti rasuah ke peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh negara.
“Ia penting bukan sekadar mahasiswa tetapi juga kanak-kanak dan murid di sekolah rendah dan menengah untuk disemai asas maklumat mengenai gejala rasuah dan salah guna kuasa.
“Dalam perkara ini kita akan mendapatkan kerjasama Persatuan Graduan Muda untuk menggerakkan mahasiswa turut bersama kami menjayakan kempen gerakan kami,” tegasnya lagi.


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !
   
Tags:

Related Posts

Add Comment