Dembele derma wang kemenangan Piala Dunia bina masjid

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Selepas bersama-sama rakan sepasukannya memastikan kejuaraan Piala Dunia 2018 milik Perancis, pemain tengah Ousmane Dembele mendermakan pendapatan yang diperoleh dari persembahannya di Rusia untuk membina masjid.

Masjid berkenaan akan dibina di tanah kelahiran ibunya di Mauritania. Mauritania yang juga dikenali sebagai Rebublik Islam Mauritania mempunyai populasi 4 juta warga dan mendapat kemerdekaan daripada Perancis pada 1960.

Dalam saingan Piala Dunia di Rusia, pemain berumur 21 tahun yang juga mempunyai kacukan Afrika dari ayahnya itu beraksi untuk Perancis ketika menentang Australia, Peru dan Denmark.

Dembele memulakan aksi di peringkat profesional dengan bermain untuk Rennes. Pada 2016, kelab Jerman Borussia Dortmund menghidu bakatnya dan seterusnya menarik Dembele mewakili pasukan itu.

Hanya setahun selepas itu, Dembele menyertai bintang bola sepak lain untuk bermain bagi kelab gergasi Sepanyol, Barcelona.

Dembele merupakan salah seorang daripada 15 pemain Perancis yang mempunyai kacukan Afrika.

Selain Dembele, rakan sepasukannya Kylian Mbappe turut mendapat pujian ramai pihak apabila mendermakan pendapatannya dalam Piala Dunia kepada organisasi kebajikan yang menjaga kanak-kanak kurang upaya.

Perancis meraih semula kejuaraan Piala Dunia selepas menewaskan Croatia 4-2. Kemenangan itu hadir 20 tahun sejak kali terakhir memenanginya pada 1998.

Selain membawa pulang trofi seberat 6,175 kg yang diperbuat dari emas 18 karat yang dianggarkan bernilai AS$20 juta, Perancis juga akan menerima AS$38 juta daripada FIFA.

Presiden Federasi Perancis, Noël Le Graët, berkata anak buahnya akan meneril 30 peratus daripada jumlah kerseluruhan yang mereka dapat.

Setiap pemain pula akan mendapat bonus AS$330,000 kerana berjaya ke peringkat akhir. Jumlah itu belum termasuk bayaran yang diterima untuk setiap perlawanan.

 

Sumber :
– https://www.malaysiakini.com/sukan/435716


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !
Tags:

Related Posts

Add Comment