Dari pekerja Caltex kepada Pegawai Kanan Polis, kisah brader ini patut dicontohi oleh netizen

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Dipetik dari Muhammad Adam Harith :

ANAK MUDA BANGKITLAH

Dulu, aku pernah bertanya kepada Allah dalam doaku. Kenapa aku dilahirkan dari keluarga yang tak senang. Hidup dalam kekurangan. Serba serbi kurang. Tidak mcm orang lain. Mak ayah keje sedap. Nak ape ape pun cuma minta. Akan ditunaikan. Tidak bagi kami adik beradik. aku anak sulung dari 4 beradik. berumur 25 Tahun kini.

Masih aku ingat, masa sekolah, aku tidak pernah dapat bantuan baik dari segi biasiswa mahupun bantuan lain. Sekolah biase biase saje. Dari tadika kemas, sekolah rendah kebangsaan dan sek. Men. Kebangsaan. Walaupun selepas PMR aku dapat tawaran ke sekolah teknik, tapi dalam keadaan ketika itu, keluarga x mampu. Aku pasrah. Aku redha. Aku teruskan perjuangan di SMK hingga habis SPM. Disitu juga aku berkenalan dengan isteriku sekarang. Kalau aku terima tawaran sekolah teknik, mungkin kami tidak bertemu kerana aku berkenalan dengan beliau pada akhir tingkatan 4. Percaturan Allah baik kan?

Selepas SPM, aku bekerja sebagai pum attendant di Stesen minyak berhampiran rumah aku. Itulah pengalaman pertama aku bekerja utk mencari duit sendiri. Selepas result SPM keluar, aku dapat melanjutkan pelajaran di UiTM Arau,Perlis dalam bidang Diploma Pengurusan Ladang. Kos yang dipandang rendah oleh sesetengah orang tapi tinggi nilai persahabatan dan setiakawan. Setiap kali cuti sem, aku buat part time kt stesen minyak tu. Gigih kumpul duit kan. Haha. Biase la nk cari duit poket sendiri. Nasib la UiTM yuran x mahal. boleh la survive sikit sikit. Aku beli laptop pun secara ansurance haritu. Sebab x mampu nk beli tunai.

Lepas 3 sem di Arau, aku dapat tawaran sambung Ijazah di UiTM Shah Alam sbb UiTM ade offer buat fastrak untuk student semester 3 masa tu yang berkelayakkan untuk memohon. Aku pun mencuba nasib juga sebab xpernah terlintas dalam impian aku nk sambung belajar hingga peringkat ijazah masa tu. haha. Disebabkan program tu la aku dapat ijazah sekarang. Alhamdulillah, kerana program tu aku jimat 2 tahun setengah masa.aku grad pada usia 22 tahun. Masih aku ingat lagi masa mula nak lapor diri di UiTM Shah Alam. Kat kL mase tu aku xde sape sape saudara . Bertolak dgn teksi pak sedara dari terenganu. Sampai dalam pukul 4 pagi , tido dalam teksi je kt Sek 2, depan KFC tu sementara tunggu siang. Aku tukar baju pun dalam tandas kt Dewan Annex, tempat daftar tu jer. Oh, memang pengalaman la. Org lain ade jgk sewa homestay ke,hotel ke, aku g koboi je. Haha. Tapi itulah pengalaman xkan aku lupakan.

Lepas habis Degree, aku xdapat kerja lagi. Kawan kawan yang lain ade dah dapat kerja jadi Assistant Mananger kat ladang-ladang seluruh Malaysia ni. Perasaan kecewa tu ade la jgk kan. Tapi positif je la. Hehe. aku kerja balik kat caltex tu sekejap. Lepas tu ade krisis dengn boss tu sbb dia xnak naikkan gaji aku. Orang lain buleh plk dia naikkan.lepastu Aku pun xkeje dah. Mase kerja kat caltex tu, banyak jgk mulut yg bertanye. Aih blajar tinggi tinggi, balik kerja sini jgk ke? Haha. Kalau korang pernah alami, mesti korg faham kan perasaan aku sepanjang duduk situ kan. Haha. Tapi aku layankan je la. Mulut org, xkan nk tutup. Kalau kite x keje, dia xde plk kan nk bagi duit kt kite kan. Sabar je la. Haha. Lepas tu,aku keje ikut ayah aku, buat rumah. Ayah aku memang tukang rumah. So, dapat la aku cari sikit sikit ilmu buat rumah. Nanti nk buat rumah sendiri senang sikit kan. Ade dah basic buat rumah tu.

Dekat setahun lebih jgk rasanya aku kerja buat rumah dgn ayah aku. Dalam 6 biji rumah siap. Dari zero ke siap basuh kaki. Haha.mane x pergi, kuala teganu, kuala berang semua ade. Mase ni la aku guna tuk kenal jalan sekitar Terengganu. Sbb mase tu aku x hafal lagi jalan-jalan sekitar terangganu ni. Haha.

Sambil sambil tu, aku ade terjumpa satu offer ni. aku tengok kt mudah.my. Kerja kat kemaman. Ditulis kerja sebagai event management kalau x silap. aku dengan gigih dari kuala terengganu pegi chukai, dalam 2jam jugak la merempit motor LC aku tu. ingatkan ape la kan. skali mase interview dia cakap diterima. mase tu aku balik semula ke KT. 2 hari lagi dah start kerja katanya. aku yang x syak ape ape ni gembira la kan. iye la dapat keje.

aku tumpang duduk kt rumah kawan aku, mula-mula pergi tu. xyak pelik lagi. lepas sehari, diorg ajak pergi kuantan. opis kt kemaman, tapi buat kerja kt kuantan. hari first pergi dengan kereta salah sorg staf. rupa-rupanya, kerja jual selipar jer kau. dari satu lotshop ke lotshop yg lain di bandar kuantan tu. haha. nakal plk rase. aku ambik inisiatif tuk tgk dulu dlm masa seminggu. hari seterusnya aku ulang alik dgn motor dari kuantan ke paka. bayangkan. haha. cukup seminggu aku blah jer. tanpa notis ape ape. Haha. Lepas tu, Aku balik keje dengan ayah aku balik.

Tak lama lepas tu, member aku ajak try mtk kat dia. katanya nk guna orang. Kerja sbagai Pekerja Sambilan Harian (PSH) di Pejabat Tenaga Kerja Kuala Terengganu(Pusat Jobs Malaysia Terengganu) dgn gaji RM54/hari. Kire kontrak dengan kerajaan la. Selepas diterima masuk, dari situ aku mula situ la aku giat cari peluang kerja lain yg lebih menjamin sbb kat situ pusat mencari kerja.hihi. Ia lah kat situ kontrak jer. Sambung 3 bulan skali. Sempat la aku kt situ setahun lebih jgk.

Lepas dapat PSH tu, aku saja nk tukar angin, pergi interview dekat satu Service Center ni. Sbb mase tu aku pikir nk ade slip gaji jer. Sbb mok aku nk suruh beli kerete. Viva pun dah oke katanya. Senang sikit nk g mana mana. Ye la, kerja kontrak xleh buat loan kan. Lepas interview, dia cakap aku diterima. Aku pun berhenti kat JMC tu.aku masuk kt situ. Sebenarnye aku dgn member aku. Berdua. Tapi member aku ni sempat sebulan jer. Sbb bos janji lain, bagi gaji lain dlm agrement. So, lepas gaduh dgn bos, dia cau. Xdtg2. Haha. Aku masuk mase tu dgn gaji basic RM1100 dan elaun rm200. Jadi RM1300 lah total. Lebih dlm RM200 dari tempat lame td. sambil tu, aku juga jadi cikgu tuisyen kt Skor A gong badak utk beberapa bulan. sampai skrg bekas-bekas anak anak murid panggil aku cikgu dalam wechat. haha. dapat jugak title cikgu walaupun x jadi cikgu. mase tu bayaran dia RM30/sejam untuk subjek math dan addmath aku ajar. haha.

berbalik kt kompeni service td, Penggurusan kompeni tu memang kuca kacir sikit. Sbb banyak kepala. Kompeni anak branak kan. Biase la. Ayah kate lain,anak kate lain. Yg jadi mangsa pekerja. Dalam 4 bulan kot aku situ. Kerja oke la. Tapi, ade plk yang x puas hati. Xtahu la siapa kan. Lepas satu, satu kes duit hilang. Semakin banyak xdapat dikesan. Mula mula, buat ignore jer. Lepas tu kutip sendiri ramai ramai ganti tanpa bos tahu. Siap junjung Al-Quran lagi semua pekerja buat akuan sumpah guna AL-Quran pun xjumpa jgk jalan. Xde yang ngaku ambil.

ade juga satu mlm tu, aku minta air tawar dengan pakcik sebelah rumah aku. dia ni boleh juga berubat kalau kalau ade sampuk ke, anak nangis selalu ke, minta air pinang ke. aku try la tnye dia pasal duit selalu hilang tu. nak tahu ape dia cakap? dia cakap, berhati hati la, ade orang tak senang tgk mu situ. nanti akan jadi satu kes besar lepas ni katanya. dia suruh ambil tahi besi letak dalam laci tempat letak duit kt opis, tapi x sempat aku nk cari mende tuh nak letak dalam laci tu.

Penyudahnye, lepas 2 minggu dari haritu, terjadilah satu kes.dimana duit yang service haritu,sudah dipack dan diletakkan atas meja(mengikut kawan yang packing duit tu cakap la), tungu nk submit je ke bahagian kewangan. Semua Siap sampul dah. Dia keluar kejap ke luar,aku ade kt dalam baiki printer. Bile masuk duit tu xde. Sekelip mata hilang. Duit dlm tu RM1200++. Aku pun x perasaan duit tu sbb pekerja lain yg packing kan. Kirenye mase tu aku sorg je ade dlm tu(kat kaunter service). Tapi tmpt tu open je. Lepas tu, masing masing xngaku nampak. Dan x mengaku ambik. Diorg dah mula tuduh aku. Sbb aku sorg je ade dalam tu masa duit tu hilang.

Diorg suruh chek aku. Ade supervisor mase tu(tapi skrg dah meninggal, Al-Fatihah). Dia chek aku dlm tandas. Kot2 ade dlm seluar or baju kan. Tapi xde jgk. Last skali pakat chek beg masing masing. Beg aku memang duduk bawah meja kaunter service tu jer sepanjang mase. Last last, diorg jumpe sampul surat tu dlm beg aku. Sampul jer ade, duitnye xde. Diorg dh marah2 dan tuduh aku. Sbb bukti sampul tu dlm beg aku yg duduk bawah meja kaunter tu dari pagi lagi.

Cari punye cari xjumpe jgk. Ade sorg ni, aku dah tahu lame dia x puas hati dgn aku. Dia technician, aku service advisor. Pastu dia kol member dia, ajak datang opis. Dia paksa aku ngaku ambil. Aku mane la nak ngaku mende aku x buat. dia tampar aku, tumbuk aku. bertumbuk la aku dgn diorg bertiga, aku sorang. Memang la x menang aku. Aku x kisah. Janji aku x ambil duit tu. Dia ambil gmbr ic aku. dia warning aku, jgn sampai aku jumpe mu tgh jalan,aku tembak nanti. ade aku kisah. Dia ni memang berkawan dgn geng2 samseng pun. Tapi aku x heran pun. Aku x salah dalam hal tu. ape aku nak takut kan. Aku balik rumah lepas. Mak ayah aku dan keluarga semua xtahu. Aku xbgtau ape pun. Aku masuk bilik, aku tido je mase lepas kejadian tu.

Mase kejadian, aku ingt nk g wat report polis jer. Tapi aku pikir xnak panjangkan kes. Tp aku x terpikir plk knpa aku x buat sebab kt sampul tu, aku x pernah pegang. So, boleh ambil cap jari dari situ nk buktikan sape bersalah. Aku pikir biar aku mengalah. Bos tahu, dia call. Suruh aku ganti duit tu. Atau report polis. Aku cakap xpe,aku ganti. Aku pinjam dgn kawan kawan aku. Sorg sikit. Aku janji nanti aku byar balik. Nasib kawan kawan aku baik. Dia bagi. Esokkan aku jumpe SV aku kat pantai batu buruk dengan member aku, aku bagi duit tu. Notis 24 jam aku behenti keje.

Esokkan tu, member aku kat situ cakap, org yg pukul aku tu x dtg keje 3 hari. Member sekampung aku ajok pergi tmpt tu balik, cari budak tu. Aku cakap, xpe la. Hari ni hari dia. Allah kan ade. Aku pegang ayat ni, org yang kuat adalah org disaat dia mempunyai kemampuan utk membalas , tapi dia memilih utk memaafkan.tapi aku xtahu dari mana aku jumpa kekuatan tu.

Esokkan aku xg keje. Mak aku tnye kenapa. Aku cakap dh berhenti. Gaduh dengan bos. Dia pun tahu bos kat situ mcm mana. Sbb ade aku cerita kt dia sebelum tu. Lepas tu, Bos Pusat Jobs Malaysia Terengganu tu ajak aku masuk balik situ jadi PSH, aku pun masuk la.buat muke tebal. Haha. Lepas Sebulan lebih aku situ, satu hari tu aku dapt call dri JPA, maklumkan aku dapat kerja sebagai Pembantu Tadbir(P/O) gred N17 posting dalam PDRM. Sebelum tu aku sebagai simpanan dah. tapi mcm xberharap pun utk dapat. Bukan calon elit pun. Aku dapat rasa dah hikmah sikit sikit.

Lepas posting, aku dah bayar semua hutang member member aku tu. Dugaan dtg lagi, beg duit plk hilang, dah la mase tu baru wat keluar duit nk byr deposit nak sewa rumah kat Cheras,KL ni. RM500 dlm tu. Dgn gaji pun x masuk lagi 2 bulan tertunggak. Aduhh. Xde rezeki la tu. haru sekejap. haha. nasib ade kawan kawan yang baik hati tolong. hehe

Aku Posting bulan 3/2015 mase tu, dgn gaji sekitar RM1400 utk gred N17. Hidup di KL. Memang xcukup, tapi kalau pandai urus, In sya Allah cukup je. Gaji pertama aku dapat lumpsum 2 bulan tu masuk bulan 4, aku gunakan untuk ikat pertunangan dengan isteri aku skrg. Bulan 8 tu aku beli kereta. Sbb dlm keluarga xde kerete lgi. Pinjam kete org pun org duk bunyi. niat aku beli kerete hanya nak tgk mak aku senyum dan bahagia je broh. even mase sebelum raye loan myvi aku dah lulus, tapi bile pikir balik dgr gaji RM1400, duk di bandaraya KL, aku xmampu walaupun mok aku cakap dia nk bayar juga utk tambah. tapi aku xnak susahkan dia. lastly, aku tukar fikiran, sumbit loan axia je. tu pun lepas bincang dengan cik tunang, aku cakap kalau aku x sempat cover, minta dia tolong sbb mase tu dia baru posting kat Melaka. Lepas beli kete, kerjaaan naikkan elaun perumahan penjawat awam lebih kurang jadi 300. Syukur naik 180. Cukup Setahun kerja, bulan 3 tahun ni aku kahwin. Lepas tu kerajaan umum naikkan 2 tangga gaji bulan Julai ni. Gaji basic jadi 1300. Total dlm 2K. Alhamdulillah. Lega sikit dengar masa tu.

Tapi, rezeki Allah luas lagi. Aku pun x jangka. Dia bagi aku jawatan Pegawai Kanan polis lepas aku kahwin. Proses permohonan berjalan sebelum kahwin lagi. bermula bulan mei 2015 lagi kalau x silap. tapi proses dia banyak peringkat. dalam 6 peringkat semuanya. Tapi aku x sangka Ya Allah. Aku bersyukur x terkata. aku terpilih diantara beribu yang layak ke peringkat akhir tu. Seminggu sebelum raya, keputusan diumumkan. Hadiah hari raya katanya. Alhamdulillah. Mungkin ni ade kaitan dgn kejadian tu. Kalau x kerana kejadian tu, aku x sampai kt sini. Tapi Alhamdulillah. Percaturan Allah sungguh baik sekali.

Mungkin akan ade yang kata, alah bro. Pegawai Kanan polis ja pun. haha. broh, bagi aku yang hanya budak kampung, yang datang dari keluarga ayah aku sebagai tukang rumah dan mak aku sebagai tukang sapu kt Hospital tu, jawatan baru ni amat besar broh bagi aku. Hasil usaha aku sendiri. aku tahu perjalan aku masih jauh, tapi ini permulaan yang baik untuk aku dan keluarga.

Selepas kejadian tuduhan curi tu, aku mohon setiap kali lepas solat utk Dia buktikan sape dalang yg sebenar disebalik kejadian tu. Aku xnak duit aku tu,sbb aku dah dapat lagi banyak daripada duit tu dah. cuma aku nk tahu sape yg terlibat. Tapi sampai sekarang aku xdapat tahu lagi.mungkin sebelum dia meninggal nanti, dia akan cari aku. Aku cuma nak dia ucap, “aku minta maaf kerana mu yg jadi mangsa”. Tapi selepas setahun aku berhenti disitu, ade satu lagi kes duit hilang yang melibatkan 3K lebih. Aku pun xnak cakap ape la kan.

Aku tetap setia menanti. Mungkin satu hari nanti kebenaran pasti akan menengelamkan yang batil. Sama sama doa. Wallahualam. Nasihat aku, jika diuji, tenang lah utk menghadapi. Mohon kpd Allah. Kerana setiap sesuatu kejadian, ade hikmah tersembunyi.

doakan aku semoga kuat. Semoga gabungan aku dan isteri boleh memberikan lebih manfaat untuk org sekeliling menumpang teduh. Allah, moga kau kuatkan kami untuk lebih memberi.Akhirnya, doaku pada permulaan cerita dijawab Allah .

Jun 2018, Alhamdulillah sekarang aku pun sudah dua tahun berkhidmat di alam pekerjaan yang baru. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Ujian undang undang pun sudah lulus untuk keenam enam kertas. Tungu nama keluar untuk pengesahan jawatan. Lepas tu dah boleh pakai 2 paku. Doakan aku nah moga menjadi pegawai kanan polis yang baik utk berkhidmat pada masyarakat.

*Moral, untuk anakmuda, pesan aku bukan senang nak senang bro. Bermula la dari bawah. kutip Pengalaman dulu biar banyak. Bina Hati yang kental. Jangan mudah mengalah. Nanti bila dah kat atas, jiwa kite akan lebih memahami jiwa org dibawah. Doakan aku moga jadi pegawai Kanan polis yang berintegriti dan baik hati. doa kalian amat ku harapkan.

*Tips murah rezeki, solat dhuha, selalu bersedekah walaupun sikit, hormat org bawahan terutama makcik cleaner, ade mase beli la nasi ke bagi kt mereka, mohon doa dari mereka, doa selepas setiap waktu solat, minta ibu dan ayah / ibu dan ayah mertua sentiasa doakan. doa mereka selalunya mudah dimakbulkan. Yang penting, Kebergantungan kita pada yang Maha Esa. Dia yang pegang kunci pintu rezeki untuk Hamba-Nya.

” Jadi Kuat Dulu, Baru kita Buleh Kuatkan Orang “-JPK Perindu UiTM Shah Alam 2011/2012.


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !
Tags:

Related Posts

Add Comment