DAP pertikai Zakir Naik diberi status PR walaupun tidak boleh berbahasa Malaysia

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kulasegaran, mempertikaikan status Penduduk Tetap (PR) yang diberikan kepada penceramah terkenal dari India iaitu Dr Zakir Naik, dengan mendakwa bahawa Dr Zakir Naik tidak boleh berbahasa Melayu.

Dalam sidang Parlimen semalam, M. Kulasegaran berkata, “Saya nak tanya mengenai pemastautin tetap tu. Penduduk tetap. Bukankah kelayakan satu di antaranya adalah dia perlu fasih bahasa Malaysia? Saya difahamkan Zakir Naik langsung tak boleh berbahasa dalam bahasa Malaysia. Itu nombor satu. Macam mana dia diberi Permanent Residence?”

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi kemudiannya menjawab soalan tersebut dengan menjelas bahawa fasih bahasa Malaysia bukanlah syarat utama dalam pemberian status Penduduk Tetap (PR) kepada bukan warganegara.

Akan tetapi, ia merupakan syarat utama kepada mereka yang mahu memohon status warganegara Malaysia sahaja.

“Bagi mendapatkan permit masuk, syarat fasih bahasa Malaysia bukan menjadi suatu keutamaan. Fasih bahasa Malaysia hanya disyaratkan kepada yang diberikan kepada warganegara Malaysia. Untuk Permanent Residence (PR), itu tidak menjadi syarat.”

Sebelum ini Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail, bertitah agar pelajar sekolah vernakular menguasai bahasa Melayu. Namun titah ini tidak pernah diperjuangkan oleh parti DAP.

Sumber :
www.menara.my


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment