Cikgu Azizan dan saman sivil, inilah coretan ringkas oleh peguam

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

SAMAN SIVIL

Sebagai Peguam dan YDP PIBG, saya sering mengingatkan rakan guru saya bahawa, dalam kes mendisiplinkan pelajar, perlu ikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Guru boleh merotan pelajar, mengantung persekolahan dan membuang sekolah pelajar yang bermasalah namun ada cara dan prosedur yang perlu diikuti.

Jangan sampai mencederakan pelajar oleh guru kerana guru berkenaan mungkin boleh didakwa di mahkamah bagi kes jenayah dan disaman sivil.

Namun begitu sekalipun tidak ada perdakwaan jenayah ke atas guru dibuat namun guru berkenaan sebenarnya masih belum ‘benar benar selamat’ kerana mangsa atau pelajar yang dicederakan masih boleh meneruskan dengan saman sivil bagi tuntutan gantirugi.

Dalam kes jenayah, kuasa menuduh dan mendakwa adalah terletak kepada Peguam Negara namun tidak bagi kes sivil di mana mangsa atau keluarga mangsa mempunyai hak atau ‘locus’ untuk meneruskan kes di mahkamah dalam kapasiti individu.

Dalam keadaan perlakuan mencederakan pelajar berlaku di kawasan sekolah dan pada waktu persekolahan maka pihak yang menyaman atau plaintif ialah mangsa dan ibu bapa mangsa manakala pihak defendan yang akan disaman pula ialah Guru berkenaan, Guru Besar Sekolah, Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Malaysia.

Saya percaya YDP PIBG sekolah boleh memainkan peranan bagi menyelesaikan kes begini tanpa perlu diteruskan dengan saman oleh pelajar dan ibu bapa pelajar berkenaan dan saya pernah melalui pengalaman begini.

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

Sekian.

Ditulis oleh :
Saudara Hasif Hasan


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment