Caj tadika di Malaysia kalahkan universiti, perlu bayar RM5,000 setahun

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Gambar di atas sekadar hiasan

 

Yuran tadika swasta di Malaysia kini semakin mahal apabila ia mengenakan caj lebih RM5,000 setahun untuk seorang murid iaitu lebih mahal daripada yuran pengajian untuk seorang mahasiswa di universiti tempatan.

Rata-rata yuran pengajian ijazah sarjana muda di universiti awam di negara ini ialah RM2,228 bagi satu semester atau RM4,456 setahun.

Tinjaun Kosmo! dibeberapa tadika swasta di sekitar Lembah Klang mendapati ramai ibu-bapa mengeluh kerana terpaksa membayar sekurang-kurangnya RM2,000 untuk pendaftaran selain yuran bulanan antara RM300 hingga RM600 sebulan.

Malangnya ibu-bapa terbabit tiada pilihan berikutan permohonan anak mereka untuk memasuki tadika atau prasekolah milik kerajaan ditolak disebabkan tidak layak atau tiada kekosongan tempat.

Kebanyakan pengusaha tadika pula memberi alasan peningkatan kos operasi yang terlalu tinggi termasuk gaji minimum pekerja sebanyak RM1,000 sebulan, harga bahan makanan dan alat pembelajaran serta sewa premis tinggi terpaksa mereka menaikkan kadar yuran tersebut.

 

Sumber :
– Kosmo!


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment