Bunuh isteri enggan lakukan seks sekalipun telah dipujuk

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

SEMPORNA – Akibat berang permintaannya untuk mengadakan hubungan intim ditolak, seorang suami tergamak menetak dan menikam isterinya sendiri hingga mati dengan pedang samurai di kediaman pasangan terbabit di Kampung Pinggir Bakau di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa, Norminah Bollok, 38, yang mengalami kecederaan parah akibat ditikam suaminya menggunakan pedang samurai sepanjang 72 sentimeter sebanyak tiga kali pada rusuk kanan dan kiri meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Semporna di sini.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Peter Umbuas berkata, ketika kejadian suspek, Jakaria Abu Bakar atau Lakan, 50, yang dipercayai dalam keadaan mabuk telah mengajak isterinya ‘bermesra’.

“Ketika kejadian, suspek yang tidur di ruang tamu terjaga pada pukul 4 pagi dan berpindah ke bilik tidurnya. Suspek dipercayai memujuk isterinya untuk mengadakan hubungan intim, namun hasratnya itu ditolak mangsa.

 

Sumber :
– kosmo


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment