Bukti anak jantan, PM akan hadir solidariti Rohingya sekalipun diancam oleh Myammar

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

KUALA LUMPUR- Biarpun menerima ugutan daripada kerajaan Myanmar, selepas menyatakan hasrat untuk bersama-sama bersolidariti dalam himpunan solidariti buat bangsa Rohingya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetap menyatakan ikrarnya untuk hadir, esok.

Katanya, beliau tidak gentar atas semangat dan belas ihsan sesama Muslim.

“Semalam pejabat Presiden Myanmar keluarkan kenyataan, kalau saya PM hadir esok (Himpunan) mereka akan anggap saya campur tangan terhadap Myanmar. Saya nak beritahu, ini bukan soal campur tangan, ini soal pertahankan nilai kemanusiaan”.

“Insya-ALLAH Najib Razak akan hadir, ini pendirian kita,” katanya dalam ucapan penggulungannya pada akhir Perhimpunan Agung Umno 2016 di sini, hari ini. ‎

533018898

Najib Razak bersama Presiden Myammar 2016 Htin Kyaw (Sebelah kanan)

Dalam pada itu, Najib mengingatkan Myanmar bahawa tindakan mereka menindas bangsa Rohingya sama sekali tidak boleh diterima dalam komuniti Asean. Najib turut menggesa kerajaan Myanmar untuk mengubah sikap dalam menangani isu Rohingya.

Esok, seluruh negara bakal berhimpun menyatakan solidariti berhubung isu Rohingya, di ibu kota.

 

NAJIB BERSAMA HADI SERTAI HIMPUNAN BANTAH ZALIMI ROHINGYA

KUALA LUMPUR, 3 Dis ― Datuk Seri Najib Razak berkata beliau akan menghadiri Himpunan Solidariti Untuk Rohingya di ibu negara esok sebagai presiden Umno.

Dalam ucapan penggulungan perbahasan usul di akhir Perhimpunan Agung Umno 2016, Najib mengecam sekeras-kerasnya perbuatan penghapusan kaum itu sebagaimana yang dilaporkan berlaku di Myanmar.

Himpunan solidariti itu, katanya, bukan bertujuan mencampuri urusan dalaman Myanmar sebagaimana kenyataan Pejabat Presiden Myanmar, sebaliknya ia bagi mempertahankan nilai kemanusiaan.

“Insya Allah hari esok Najib Razak presiden Umno akan hadir. Saya tak akan berganjak seinci pun kerana bukan Najib Razak yang hadir, Najib Razak wakili 3 juta ahli Umno, ini pendirian kita, inilah parti yang berjiwa besar,” katanya disambut dengan sokongan para perwakilan pada perhimpunan itu.

Sebelum itu presiden Umno bertanya kepada perwakilan, adakah patut beliau hadir dan mendapat jawapan “hadir!” secara tegas daripada para perwakilan.

Najib, yang juga perdana menteri, berkata jika masalah ini tidak diselesaikan, Malaysia sendiri akan menghadapi masalah kebanjiran orang pelarian dari negara itu.

INI BUKAN KOMUNITI ASEAN YANG KITA BOLEH TERIMA

Mengikut rekod pada masa ini terdapat 56,000 Rohingya dan Myanmar pemegang kad UNHCR di negara ini dan ada lagi yang tiada dalam rekod, yang tidak diketahui jumlahnya, kata beliau.

Perhimpunan aman solidariti bagi melahirkan keprihatinan masyarakat Malaysia terhadap isu Rohingya itu dijadual berlangsung di ibu negara esok, yang bakal dihadiri Najib dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Najib berkata kekejaman yang dilakukan ke atas etnik Rohingya sama sekali tidak melambangkan Komuniti Asean, yang antara lain mementingkan perpaduan.

“Kalau dia zalimi orang, bakar manusia hidup-hidup, wanita dirogol tanpa belas kasihan, anak-anak dicincang hidup ini bukan Komuniti Asean yang boleh kita terima.

“Rantau Asean tidak boleh bertolak ansur terhadap perbuatan zalim, kita minta mereka ubah sikap mereka. Ini pendirian Umno, apa nak jadi… jadilah, kita tetap dengan pendirian kita,” tegas Najib.

KOMITMEN KEPADA ISLAM, PAS DAN UMNO SANGGUP KETEPI PERBEZAAN POLITIK

Terdahulu, naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan penggulungannya berkata komitmen kedua-dua pemimpin yang menerajui parti politik Melayu dan Islam amat dihargai kerana mereka sanggup mengetepikan perbezaan dan matlamat politik demi kesejahteraan ummah.

“Kita tidak berhajat untuk campur tangan dalam hal ehwal mana-mana negara hatta di negara Asean (tetapi) sanggupkah atas nama agama dan keperimanusiaan kita membiarkan keadaan itu berlaku?” katanya.

Menteri dalam negeri berkata perhimpunan itu bukan anjuran kerajaan, sebaliknya dipelopori 150 pertubuhan bukan kerajaan yang prihatin terhadap penindasan dan pembersihan etnik Rohingya.

Ahmad Zahid turut menyeru seluruh perwakilan Umno untuk menangguhkan kepulangan ke negeri masing-masing selepas berakhirnya Perhimpunan Agung Umno 2016 hari ini untuk bersama-sama menyertai Himpunan Solidariti Untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa. ― Bernama

 

Kredit :
– SuaraTV
–  TheMalayMailOnline
MyNewsViral

[embedyt] http://www.youtube.com/watch?v=sso9xIfpMeM[/embedyt]


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment