Bukan Islam juga ada hak guna jalan, kata mufti Perlis

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

KUALA LUMPUR, 6 Mei — Umat Islam perlu memberikan hak jalan raya kepada pengguna lain sewaktu mahu menunaikan solat jemaah, gesa mufti Perlis.

“Hendaklah kita sedar bahawa bagi [beri] jalan raya itu haknya yang diajar oleh Islam,” kata Datuk Mohd Asri Zainul Abidin di Facebook.

“Jalan raya bukan sahaja digunakan oleh kita, mereka yang lain juga ada hak menggunakannya dengan cara yang mematuhi peraturan.”

Tanpa merujuk insiden seorang jurutera diserang jemaah solat Jumaat di Johor Baru semalam, beliau mengingatkan tersekat dalam kesesakan “kadang kala amat menyakitkan”.

Mohd Asri berkata umat Islam perlu sedar pengguna, termasuk bukan Islam, berhak melalui jalan raya terutama jika ada hal mustahak.

“Menghalang kenderaan pengguna jalan raya yang lain itu boleh memudaratkan terutama apabila pengguna itu sakit, ataupun mahu ke suatu tempat yang perlu sampai pada masanya seperti lapangan terbang dan seumpamanya,” katanya lagi.

Beliau menggesa jemaah yang bersolat atau mendengar kuliah di masjid atau surau perlu meletakkan kenderaan elok-elok agar tidak mengganggu lalu lintas.

“Keindahan saf solat dalam masjid sewajarnya memberikan kesan dalam susunan kenderaan di luar masjid,” katanya.

Sekumpulan lelaki merusuh dan memukul jurutera terbabit setelah mangsa, yang terbabit dalam kesesakan, membunyikan hon agak lama ketika solat Jumaat.

Susulan itu, polis Johor menahan empat suspek berumur antara 21 dan 55 tahun pagi tadi untuk siasatan kerana merusuh.

Sumber :
themalaymailonline.com


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !
Tags:

Related Posts

Add Comment