Bukan hak ibu bapa ajar anak di rumah, kena minta izin kementerian

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

KUALA LUMPUR, 16 Mac — Ibu bapa atau penjaga yang berhasrat melaksanakan konsep pembelajaran di rumah atau ‘home schooling’ perlu memohon pengecualian mengikuti pendidikan wajib daripada Kementerian Pendidikan.

Permohonan itu perlu dibuat kerana kaedah pembelajaran di rumah hanyalah satu keistimewaan dan bukannya hak.

“Pembelajaran ‘home schooling’ dilaksanakan berpandu Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 14 Tahun 2002: Pelaksanaan Pendidikan Wajib Di Peringkat Rendah 2003.

“Bagaimanapun, persekolahan biasa adalah diutamakan kepada kanak-kanak kerana ia merupakan cara terbaik bagi kanak-kanak untuk berinteraksi antara satu sama lain,” kata Kementerian Pendidikan dalam jawapan bertulis kepada soalan Dr Siti Mariah Mahmud (Amanah-Kota Raja) di persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Dr Siti Mariah bertanyakan pendirian kerajaan mengenai ‘home schooling’ di negara ini.

Menjelas lanjut, Kementerian Pendidikan menjelaskan bahawa pembelajaran di rumah bertujuan memberi peluang kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah kesihatan kronik dan memerlukan penjagaan rapi oleh ibu bapa untuk mendapat pendidikan formal di rumah.

Selain itu, ia juga bagi memastikan tidak berlaku keciciran kepada kanak-kanak untuk memperoleh pendidikan wajib seperti yang termaktub di bawah Akta Pendidikan 1996.

“‘Home schooling’ juga mendidik ibu bapa supaya menjalankan tanggungjawab mereka untuk menyekolahkan anak,” kata kementerian itu.

 

Sumber :
– www.themalaymailonline.com


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment