Punggung budak tahun 1 melecur dirotan guru tuisyen di Skudai, Johor

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

SEORANG kanak-kanak berusia tujuh tahun mendakwa dirotan guru tuisyen hingga melecur di bahagian punggung di sebuah pusat tuisyen di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor Bahru.

The Star melaporkan, abang mangsa kemudian memuat naik gambar kecederaan dialami oleh adiknya itu menerusi laman Facebook baru-baru ini sehingga menjadi tular.

Abang mangsa yang dikenali sebagai Lim berkata, adiknya melarikan diri ke rumah jiran selepas dirotan dan disimbah dengan air panas hingga melecur.

Ekoran insiden dera tersebut, satu laporan telah pun dibuat di Balai Polis Sentral Johor Bahru, semalam.

Bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi berhubung kejadian tersebut dan pusat tuisyen berkenaan turut enggan memberikan komen.

 

Sumber :
– Mynewshub.cc


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment