BR1M: Zeti dicucuk hidung, perlu letak jawatan, kata Puad

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Ketua Umno Bahagian Batu Pahat, Datuk Mohd Puad Zarkashi mencabar bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz untuk meletakkan jawatan sebagai ahli Majlis Penasihat Negara CEP) dan pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) jika kerajaan membatalkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Ini kerana, katanya, BR1M atau kini dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup adalah idea Bank Negara dan Zeti selaku gabenor pada ketika itu yang juga mempertahankan idea berkenaan.

“BR1M dicadangkan dalam pembentangan Lembaga Pengarah BNM yang dihadiri oleh Datuk Seri Najib Razak pada bulan Mac 2011.

“Ia kemudiannya dibentang dan dibahas dalam mesyuarat Majlis Ekonomi Negara pada bulan Mac dan Ogos 2011, dengan kata lain BR1M lahir melalui pertimbangan teliti,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook beliau hari ini.

Puad berkata mekanisme subsidi dan kawalan harga yang negara gunakan ketika itu mengakibatkan kos fiskal yang besar dan atas sebab itu BRIM diperkenalkan supaya sampai kepada golongan “sasar” yang sebenar.

“Menurut Zeti (ketika itu), BRIM adalah hasil kajian menyeluruh terhadap sistem pemberian subsidi dan jaringan sosial (social net) di beberapa negara lain.

“Ketika itu Malaysia hampir melaksanakan langakh “fiscal consolidation” dan antaranya rasionalisasi subsidi,” katanya.

Malangnya, menurut Puad, BRIM dibatalkan kerana ego dan kesilapan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membatalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

“Dia mahu menghapuskan legasi Najib kerana BRIM dikaitkan dengan Najib. Akibatnya rakyat yang susah.

“Padahal ia hasil kajian teliti dan dipuji oleh pakar ekonomi dan Parlimen UK. Bertambah buruk kerana ahli CEP seperti Zeti dan Jomo dicucuk hidung. Zetti wajar letak jawatan,” katanya.

Sebelum ini, Dr Mahathir dilaporkan berkata, BR1M akan dikurangkan sedikit demi sedikit sebelum dihapuskan.

Malah pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Antarabangsa Bandar 4.0 dan Perniagaan 4.0 di Kuala Lumpur, hari ini, Mahathir menyifatkan pemberian BR1M sebagai satu bentuk rasuah dan menjadi sebab mengapa kerajaan bercadang menghapuskannya.

Dakwanya, bantuan tersebut tidak diagihkan secara sekata dan kepada kelompok sewajarnya.

Sebaliknya, Dr Mahathir memberitahu, BR1M diberikan semata-mata mahu mendapatkan sokongan rakyat.

 

Sumber :
– https://www.malaysiakini.com/news/440520


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !
Tags:

Related Posts

Add Comment