Bila Allah SWT ‘bayar cash’

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

PERAGUT parah selepas motosikal ditunggangnya berlanggar dengan lori selepas meragut dua beranak dalam kejadian di Jalan Jernai, Setapak, Kuala Lumpur, kelmarin.

Dalam kejadian 3.30 petang itu, suspek pada mulanya meragut beg tangan dalam raga motosikal ditunggang remaja perempuan berusia 18 tahun bersama ibunya, 57 tahun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintendan Muhamad Najib Hamzah berkata, ketika kejadian, dua beranak terbabit baru selesai membeli barang di Setapak Sentral.

“Ketika mereka sampai di hadapan Sekolah Agama Taman Danau Kota, suspek yang menaiki motosikal melarikan beg tangan yang diletakkan dalam raga motosikal mangsa.

“Mangsa bertindak mengejar suspek sehingga ke simpang empat Jalan Gombak-Jalan Jernai sebelum melanggar motosikal lelaki itu sehingga menyebabkannya kedua-dua motosikal terbabas dan ketiga-tiga mereka terjatuh.

“Suspek bangun dan mendapatkan motosikalnya sebelum cuba melarikan diri, bagaimanapun dia berlanggar dengan lori,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Katanya, akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami keretakan di bahagian tempurung kepala dan tangan kirinya patah.

“Suspek kini masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), manakala dua beranak itu hanya melecet pada lutut, siku dan pergelangan tangan.

“Semakan mendapati suspek mempunyai 10 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah,” kata beliau lagi.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu samun mendatangkan kecederaan.


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment