Besar, tapi tiada siapa yang sanggup nak beli kerana…

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

“SAYA sudah membuang ikan itu di Sungai Mukah petang semalam kerana tiada sesiapa pun yang mahu membelinya,” kata Shamsul Ketuk, 32, yang menangkap ikan mola-mola di perairan Laut China Selatan dekat Balingian di Mukah, semalam.

Gambar Shamsul menangkap ikan itu tular di laman sosial sejak semalam.

Shamsul berkata, dia menaiki perahu untuk memasang pukat lebih 200 meter bagi menangkap ikan di perairan itu seawal 6 pagi.

Menurutnya, selepas dua jam memasang pukat berkenaan, dia terkejut apabila menemui ikan itu tersangkut pada pukatnya.Shamsul berkata, dia tidak pernah menemui ikan itu selama menjadi nelayan, bahkan ramai rakan nelayan di Mukah dan Balingian juga tidak pernah menangkap ikan berkenaan.

“Ikan itu seberat hampir 80 kilogram dan saya hanya mengetahui ikan berkenaan dikenali sebagai ikan mola-mola selepas diberitahu rakan.

“Saya menjual ikan itu, namun tiada siapa yang mahu membelinya kerana bimbang ikan itu beracun,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Katanya, dia tidak mengetahui sama ada ikan itu adalah antara spesis ikan yang dilindungi atau sebaliknya, namun dia sudah membuangnya kira-kira 3 petang, semalam.

Menurut Kesatuan Pemuliharaan Alam Antarabangsa (IUCN), ikan mola-mola yang turut dikenali sebagai ikan matahari itu tersenarai dalam Senarai Merah Spesis Terancam, kategori spesis terdedah ancaman (vulnerable).

Ikan ini lazimnya menjadi buruan dalam kalangan nelayan di Filipina, Taiwan dan Jepun untuk dijadikan hidangan eksotik di negara berkenaan.

Di Indonesia, ikan ini antara 18 jenis hidupan marin yang dilarang ditangkap dan dijual bagi tujuan komersial.


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !
Tags:

Related Posts

Add Comment